berita

Tular Video Mak Cari Anak Hilang, Rupanya Remaja Lari Rumah Disyaki Trauma Jadi Mangsa Rogol Bapa Tiri

April 10th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Foto: MalaysiaGazette

Seorang pengawal keselamantan dan isteri ditahan polis bagi membantu siasatan kes rogol anak tiri sehingga menyebabkan mangsa lari daripada rumah disebabkan trauma, bulan lalu.

Lari rumah sebab jadi mangsa rogol

Sekadar gambar hiasan

Menurut Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi, penahanan pasangan suami isteri itu dilakukan susulan laporan polis yang dibuat seorang remaja yang mendakwa telah menjadi mangsa rogol bapa tirinya sejak tiga tahun lalu. Difahamkan, kedua-dua suspek ditahan di di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) sebaik tiba dari Sabah sekitar jam 9.30 malam (Sabtu).

Hasil siasatan, polis percaya perbuatan terkutuk tersebut dilakukan suspek, 36, dalam pengetahuan si isterinya, 40, yang juga ibu kandung kepada mangsa. Kedua-dua suspek direman bermula 9 April hingga 15 April bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Terdahulu iaitu pada 6 April, tular di media sosial mengenai seorang remaja berusia 16 tahun dilaporkan hilang dari rumahnya sejak 20 hari lalu ditemui semula dalam keadaan selamat di sebuah pangsapuri di Kampar, Perak bersama seorang rakan lelaki berusia 20 tahun. Remaja berkenaan bagaimana mengaku telah keluar dari rumahnya secara sukarela dan bukan paksaan.

Sumber: MalaysiaGazette

SKIP THIS AD ×