berita

Upah RM3, Untung Ribu – Gadis Kongsi Pengalaman Jadi Orang Tengah Beli Makanan Untuk Orang Tak Puasa

June 5th, 2017 | by Hanis Aliaa
Isu & Kontroversi

Manusia boleh buta dengan wang ringgit. Walaupun tahu  perkara itu mendatangkan dosa tapi keuntungan duit yang bersifat duniawi lebih penting bagi sesetengah manusia. Ini kisah seorang gadis yang mengakui dia pernah mengambil upah membeli makanan untuk rakan sekerja yang tidak berpuasa. Dan mendapat keuntungan mencecah ribuan ringgit dalam masa sebulan berpuasa.

Tak fikir dosa pahala, hanya fikir pulangan.

Gadis yang ingin dikenali sebagai Zira memberitahu Sinar Harian dia hanya mengambil upah sebanyak RM2 ke RM3 sekepala untuk rakan sekerjanya. Dia merupakan bekas pekerja kilang di pinggir kota mengakui mendapat pendapatan sampingan mencecah ribuan ringgit.

Setiap kali bulan puasa saya boleh buat pendapatan sampingan hanya dengan ambil upah beli makanan kawan-kawan sekerja, boleh cecah ribuan ringgit. Saya memang jenis tak malu, orang nak kata apa pun, katalah. Lagipun sebagai perempuan kita ada waktu-waktu tak boleh puasa. Seminggu saya beli di satu kedai ini, minggu berikutnya saya beli di kedai lain. Jadi tak nampak ketara sangat.

Gaji tak usik langsung.

Dalam sehari dia akan membeli lebih 2o set makanan setiap hari. Walaupun dia off-day, khidmat membeli makanan untuk orang yang tak berpuasa tetap diteruskan.

Faham sajalah kerja kilang, angkat-angkat barang. Stor kilang akan jadi sasaran untuk kawan-kawan tak puasa ni makan. Bulan puasa gaji saya bersih sebab banyak duit dari hasil upah ni. Sempat la dalam tiga tahun saya buat kerja tu. Tapi sejak berhenti kerja lima tahun lalu, saya dah tak buat. Bila fikir balik sampai bila nak makan duit hasil upah macam tu.

Namun, Zira tetap berpuasa walaupun membeli makanan untuk orang. Alhamdulillah, at least Zira ada kesedaran juga. Maklumlah, orang ni bila dah nampak duit kadang-kadang dah tak peduli sampai tak nak berhenti.

Kredit: Sinar Harian

The following two tabs change content below.