berita

Uqasha Senrose, Kamal Adli Nikah Di Pusat Peranginan Tanah Tinggi, Ada 3 Majlis Resepsi

April 1st, 2021 | by Amat
Kini Trending

Sebelum ini, pelakon Kamal Adli mencuri perhatian ramai apabila melamar Uqasha Senrose ketika berada di atas pentas Anugerah Meletop ERA 2020. Terbaru, menerusi laporan BH Online, pasangan selebriti itu mendedahkan mereka bakal melangsungkan pernikahan tidak lama lagi, namun, enggan berkongsi tarikh itu.

Artikel berkaitan: [VIDEO] Kamal Adli Buat Kejutan Lamar Uqasha Senrose Di AME2020. Semua Tergamam!

Lebih menarik lagi, pasangan bakal pengantin ini bakal mengadakan majlis di sebuah pusat peranginan dan dijangka mengadakan tiga majlis resepsi.

Persiapan majlis hampir siap

Uqasha memberitahu persiapan majlis mereka sudahpun siap 80 peratus. Katanya lagi, majlis pertama khas untuk keluarga, teman rapat dan media, majlis kedua pula untuk rakan artis. Manakala, majlis ketiga adalah bagi meraikan peminat yang menyokong mereka selama ini.

Alhamdulillah, persiapan majlis perkahwinan kami dipermudahkan. Setakat ini, persiapan untuk majlis pertama sudah hampir 80 peratus siap. Selepas penggambaran Rindu Awak Separuh Nyawa selesai, saya akan memberikan fokus kepada perniagaan. Selepas itu, barulah saya akan memberikan tumpuan sepenuhnya kepada majlis perkahwinan.

Mengikut perancangan, kami memilih sebuah pusat peranginan tanah tinggi untuk diijabkabulkan. Dengan keadaan negara yang masih berdepan dengan pandemik COVID-19, kami berharap keadaan semakin baik dan tiada masalah untuk aktiviti merentas negeri.

Konsep taman dan outdoor

Selain itu, Uqasha juga berkongsi akan mengadakan majlis mereka di sebuah pusat peranginan di tanah tinggi. Mereka memilih lokasi tersebut adalah kerana cuaca dingin.

Ia sangat sesuai untuk majlis perkahwinan impian saya dan Kamal berkonsepkan taman dan ‘outdoor’. Saya mahukan sesuatu yang berbeza sebagai momen indah dalam hidup.

Harapan saya, keadaan COVID-19 semakin reda apabila tiba waktu kami diijabkabulkan. Jadi, tiada masalah untuk tetamu merentas negeri.

Sumber: Berita Harian

SKIP THIS AD ×