berita

Usia Bukan Penghalang Bagi Puan Jahara Mencapai Kejayaan Sebagai Pekebun Kecil

October 31st, 2022 | by Aliff Haikal
Kini Trending

Mungkin tak ramai tahu yang Malaysia merupakan pengeluar minyak sawit utama di dunia!

Menurut kenyataan di laman sosial Malaysian Palm Oil Green Conservation Foundation (MPOGCF), jumlah keluasan tanaman kelapa sawit di Malaysia ialah seluas 5,865,297 hektar! Luas kan? Min pun terkejut baca info ni.

Tapi, kalau ladang seluas ini, mesti korang terfikir siapa yang mengusahakan ladang ini kan? 

Jom admin kongsikan cerita tentang Puan Jahara Bt Alias. Seorang pengusaha ladang kelapa sawit yang berjaya dan patut menjadi role model bagi wanita-wanita diluar sana!

Usia bukan halangan!

Puan Jahara Bt Alias ialah seorang bekas penulis yang menetap dan dibesarkan di Kampung Jeram, Kuala Selangor bersama keluarganya dan mempunyai seorang anak. Puan Jahara dibesarkan dalam keluarga penuh kasih sayang yang arif dalam bidang perniagaan. 

Walaupun sudah berusia 60 tahun, anak kelahiran Kampung Jeram, Kuala Selangor ini telah mengusahakan ladang kelapa sawit beliau selama 6 tahun bermula tahun 2017 apabila dia mengambil insentif untuk membuka semula tanah milik keluarganya dengan bantuan dimohon oleh MPOB di bawah Kementerian Perusahaan Perladangan  dan Komoditi (MPIC).

Tanah seluas 1.15 hektar miliknya dibersihkan dengan bantuan yang diperolehi dan Puan Jahara memastikan melakukan kajian serta bacaan tentang penanaman pokok kelapa sawit.

Tanah yang dibersihkan serta lapang ditanam sebanyak 180 pokok kelapa sawit sebagai permulaan dengan menggunakan teknik tiga segi yang disyorkan oleh MPOB.

Apa itu teknik tiga segi?

Kalau korang semua nak tahu, Tanaman barisan pokok sawit biasanya mengikut sistem tiga segi sama dan teknik tanaman ini diamalkan dengan menanam pokok sawit dalam bentuk tiga segi sama mengikut kesesuaian jenis tanah serta kepadatan.

Kelebihan mengamalkan sistem ini kerana mendapat kepadatan pokok sawit yang optimum tanpa pembaziran tanah.

Setiap pokok sawit menerima sinaran cahaya matahari lebih sekata dan tinggi apabila barisan tanaman mengarah utara-selatan sekaligus menambah kecekapan.

“Interaksi dengan pokok merupakan perkara yang penting!”- Pn Jahara

Menurut Puan Jahara, harinya bermula dengan melawat kebun sawit miliknya setiap pagi untuk melihat keadaan pokok sawit dalam keadaan yang baik serta memastikan tiada serangga dan tumbuhan yang boleh menjejaskan pokok sawit ini.

Serangga seperti ulat bungkus adalah paling bahaya kerana ulat ini akan makan daun-daun pokok kelapa sawit sekaligus merosakkan pokok sawit dan juga buahnya.

Bagi Puan Jahara, interaksinya bersama pokok kelapa sawit amatlah penting dan ia merupakan satu terapi baginya.

“Saya akan beri kata salam seperti assalamualaikum, bertanya khabar dan berinteraksi dengan pokok sawit untuk pastikan ia dalam keadaan baik.

Saya percaya itu memberi hasil yang banyak dan ia merupakan satu terapi yang baik bagi saya” kata Puan Jahara.

Hasil daripada penjualan buah kelapa sawit tersebut juga telah membantu Puan Jahara dan keluarganya dari segi kewangan, di mana segala perbelanjaan harian dan keperluan anaknya adalah datang dari perusahaan tersebut.

Puan Jahara berjaya mengubah persepsi masyarakat sekeliling

Kejayaan Puan Jahara ini menunjukkan bahawa bukan lelaki sahaja dapat mendominasi industri sawit yang terkenal dengan aktiviti yang berat dan kasar, malah wanita juga mampu berdiri seiring dan boleh melakukan pekerjaan setanding lelaki.

Walaupun pernah dikritik, namun Puan Jahara menganggap kriktikan ini sebagai pembakar semangatnya untuk sentiasa berada di kebun di awal pagi hari sehinggalah setiap hasil buah sawit tanamannya berjaya dijual.

Di mata Puan Jahara, industri sawit perlu diterapkan dalam hidup generasi muda serta mereka perlu diberi ilmu tentang industri sawit ini supaya mereka serasi dengan persekitaran ladang kelapa sawit. 

Diharap, pesanan serta semangat Puan Jahara ini dilihat sebagai sebuah kisah yang sesuai untuk dijadikan inspirasi kepada generasi muda kini dalam mengecapi kejayaan.

SKIP THIS AD ×