berita

[VIDEO] ‘Dah Terbukti Dia Bukan Nakkan Mak Je..’- Netizen Puji Suami Fatin Afeefa Tak Kekok Layan Anak Tiri

January 16th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Sejak mendirikan rumah tangga hujung tahun lalu, nama Fatin Afeefa dan suami, Aliff Awang seringkali menjadi sebutan netizen malah pasangan ini acap kali mempamerkan kemesraan mereka di media sosial.

Artikel Berkaitan: Anak Perempuan Fatin Afeefa Rapat Dengan Ayah Tiri, Siap Jalan Berpegangan Tangan

Suami Fatin mesra dengan anak tiri

Baru-baru ini, pelantun lagu Tentang Bulan ini memuat naik satu momen suaminya mengajar anak perempuannya, Ivy Herra Sophia membaca buku. Tak dapat dinafikan, meskipun Ivy hanyalah anak tiri Aliff namun mereka berdua kelihatan sangat akrab malah netizen berpendapat hubungan mereka berdua seperti anak dan bapa kandung.

Video yang dikongsikan telah mendapat pelbagai respon positif daripada netizen yang rata-ratanya memuji sikap Aliff yang terbukti dapat menerima anak-anak tirinya. Malah layanan yang diberikan saling tidak tumpah seperti layanan seorang bapa kandung.

Ini memang terbukti, bukan nakkan maknya je. Yang lain boleh rehat nak cari salah sebab dia dah berjaya jadi bapak.

Sayang betul Ivy dengan bapak dia. To be honest, I suka tengok family ni. Semoga sentiasa dalam rahmat Ilahi.

Sayang anak tiri macam anak sendiri, terbaik.

Selesa anak tiri dengan Opai.

Macam ni baru orang tak kecam.

Sebelum ini, Fatin ada juga berkongsi momen Ivy berjalan berpegangan tangan dengan Aliff manakala dia bersama anak lelakinya, Adam Aisy Arrian.

Video

Sumber: TikTok Fatin Afeefa

SKIP THIS AD ×