berita

[VIDEO] Doktor Kongsi Kisah Pelik Di Hospital, Pesakit Nazak Beritahu Tentang Kemalangan Maut & Ianya Benar-Benar Berlaku

October 15th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Seorang Pakar Bedah Bariatrik, Doktor Gaafor Mubarak yang sering kali pelbagai ilmu kesihatan menerusi platfom TikTok, berkongsi satu kisah pelik yang dialaminya ketika bertugas di hospital.

Artikel Berkaitan: Sesat Masuk Hutan Sebab Ikut Waze, Sekali Ada ‘Benda’ Jatuh Atas Bumbung Kereta.. – Selalu Orang Kena Dekat Situ’

Artikel Berkaitan: ‘Mana Ada Orang Tinggal Dalam Hutan Tu….’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Baru Je Nak Tegur Tapi Teringat Jiran Baru Meninggal Dunia 7 Hari Lepas…

Kisah pelik

Sekadar gambar hiasan

Kisahnya bermula, apabila doktor ini membuat pemeriksaan pada seorang warga emas lelaki yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebelum lelaki ini meninggal dunia.

So saya on call dan saya tengok seorang pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) seorang pakcik tua yang meninggal. So saya suka berada dengan pesakit masa-masa mereka nak meninggal ni masa mereka keseorangan.

Namun, warga emas ini secara tiba-tiba memberitahu doktor akan berlakunya kemalangan melibatkan tiga individu, dua akan meninggal dunia manakala, seorang akan terselamat iaitu anak kepada individu berkenaan.

So pakcik ini dia tengok saya dia kata saya rasa sejuk, so saya kata jangan risau pakcik nanti saya bagi selimut. Lepas itu dia kata doktor, ada kemalangan dua orang meninggal dunia seorang selamat, anak dia selamat.

Pada mulanya, doktor ini agak ‘kebingungan’ dengan kenyataan yang diberikan oleh warga emas ini sebelum dia mendapat tahu terdapat satu kes kemalangan. Tidak berakhir di situ, apa yang lebih mengejutkan apabila apa yang diceritakan oleh warga emas itu menjadi kenyataan.

Lepas itu pakcik tu meninggal dunia. So saya tak faham benda apa yang berlaku tetapi selepas selepas kira-kira setengah jam saya bergegas ke bawah ke Unit Kecemasan dan ada kes kemalangan.

Bila saya tengok pesakit dia ambulans tu bawa, orang yang tolak pesakit itu beritahu saya doktor ada kemalangan dua orang meninggal, seorang selamat, anak dia selamat.

Video penuh:

@drgafoor Reply to @muniratashamuna story time lagi bersama Dr G #fyp #medtiktok #storytime #kesihatan #malaysia #viral #tiktokmalaysia ? original sound – Dr Gafoor Mubarak

Sumber: Doktor Gaafor Mubarak

SKIP THIS AD ×