berita

[VIDEO] Ibu Terkejut Anak Beli Pedal Ayam Mentah Di Kantin Sekolah, Bila Report, Cikgu Suruh Cek Dulu Sebelum Makan

April 1st, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Memang tak dapat dinafikan, makanan dijual di sesetengah kantin sekolah kadangkala agak mahal, namun kuantiti yang diberikan juga sedikit. Boleh dikatakan, memang tidak berbaloi.

Kantil jual ayam ‘mentah’

Tetapi kali ini lain pula ceritanya apabila seorang ibu yang dikenali dengan nama Mawar Qaseh mengakui terkejut selepas mengetahui anaknya membeli pedal ayam yang masih mentah. Lebih membimbangkan apabila pihak kantin sekolah dipercayai tidak mencuci bahagian dalam pedal itu dengan bersih sebelum ia dimasak.

Dakwa Mawar Qaseh lagi, dia sudah melaporkan perkara itu kepada pihak sekolah namun tenaga pengajar di sana dipercayai seakan-akan tidak mengambil tindakan terhadap pengusaha kantin. Sebaliknya tenaga pengajar hanya memberi nasihat kepada para pelajar supaya memeriksa makanan terlebih dahulu sebelum menjamahnya.

Kisahnya, anak beli ayam goreng dekat kantin sekolah. Ibu buat report pada cikgu. cikgu pesan pada anak murid sebelum makan tengok dulu. Makcik kantin?

Video

Respon netizen

Video yang dikongsikan telah mendapat hampir 370k tontonan dan kebanyakan netizen mencadangkan agar Mawar Qaseh membuat laporan kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya.

Sumber: Mawar Qaseh

SKIP THIS AD ×