berita

‘Video Itu Telah Dipadam’ – Guna Lagu Tanpa Izin Untuk Iklan Tudung, Fazura Mohon Maaf

August 19th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Bertanggungjawab dengan kekhilafan pekerja, pelakon dan penyanyi Fazura, 38, tampil memohon maaf kepada band rock instrumental, Deepset menerusi hantaran di Instagram (IG) miliknya.

Hargai dihubungi dan ditegur

Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin mengakui kesilapan editornya yang telah menggunakan lagu tanpa meminta kebenaran bagi menjayakan kempen koleksi tudung terbarunya.

Malah, kata isteri kepada pelakon Fattah Amin, video tersebut telah dipadam di semua platform media sosial.

Saya dengan rasa rendah hati meminta maaf kepada @deepsetan bagi pihak editor saya kerana menggunakan lagu anda tanpa izin dalam video kempen terbaru kami untuk @tudungfazura. Kami hargai anda menghubungi kami dan video itu telah dipadam di semua platform.

Kami akan mengusahakan lagu lain yang sesuai untuk kempen kami, insya-Allah. Wishing you all the very best and stay safe.

Selesai secara baik

Dalam pada itu, band rock instrumental mengucapkan terima kasih kepada Fazura dan pasukannya kerana telah memberi kerjasama yang baik menerusi satu ciapan di Twitter.

Terima kasih teamfazura atas kerjasama anda. Kami telah menyelesaikan perkara itu dengan baik. Kami doakan yang terbaik untuk mereka.

 

Sumber: Instagram @missfazura, Twitter @deepset

SKIP THIS AD ×