berita

[VIDEO] ‘Janganlah Ambil Serius Sangat Tau, Saya Tak Marah Pun. Itu Muka Saya Cuak Atau Cemas’ – Siti Nurhaliza

April 17th, 2024 | by Shahira
Kini Trending

Penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza tampil menjelaskan situasi sebenar yang berlaku di belakang pentas Konsert Sebuah Epitome, Saya Siti Nurhaliza yang berlangsung pada Mac lalu.

Artikel Berkaitan: Video Jelingan Tajam Pada Kru Di ‘Backstage’ Konsert Tular, Siti Nurhaliza Respon – ‘Masa Ini Boleh Tengok Saya Jadi Singa’

Siti beri penjelasan

@ohbulanofficial “Saya tak marah pun, itu nada suara saya yang mahu memastikan ear monitor saya dibuka dengan segera…dan berjalan secara profesional ke depan pentas, terus menghayati dan menghiburkan penonton” – CTDK. MasyaAllah baiknya Siti Nurhaliza, sangat profesional! Tak baik netizen buat spekulasi. Lagenda yang sebenar ? #ohbulan #sembangentertainment #sitinurhaliza #ctdk #kongsi #video #sebenar #backstage ? original sound – OHBULAN!

Siti atau Siti Nurhaliza Tarudin, 45, akui tidak sangka situasi tersebut menjadi tular sehingga menimbulkan salah faham dalam kalangan orang ramai.

Menceritakan perkara itu, Siti berkata dia bukanlah berada dalam keadaan marah seperti yang didakwa sebaliknya ketika itu dia hanyalah risau memandangkan monitor telinga tidak berfungsi.

Bila baca komen, ala janganlah ambil serius sangat tau, saya tak marah pun. Itu muka saya cuak atau cemas. Anda boleh tengok berapa saat je LED itu terbuka dan saya kena menyanyi.

Bayangkan kalau ear monitor yang saya pakai tidak dibuka. Ear monitor sangat penting untuk seorang penyanyi mendengar suara dan muzik.

Saya tak marah pun, itu nada suara saya bagi memastikan ear monitor dibuka dengan segera dan berjalan secara profesional ke depan pentas, terus menghayati dan menghiburkan penonton.

Tambah Siti lagi, dia terpaksa memuat naik video asal kerana tidak mahu menimbulkan sebarang spekulasi dalam kalangan wargamaya.

Saya muat naik video sebenar supaya tiada spekulasi lagi, saya pun benarkan video tersebut disiarkan dalam siaran Astro kerana saya tahu ada peminat yang mahu melihat situasi di belakang pentas.

Sementara itu, pelantun lagu Cindai itu akui setiap penyanyi berdepan dengan pelbagai cabaran dan pengalaman berbeza ketika menjayakan sesuatu persembahan atau konsert.

Setiap persembahan atau konsert ada cabaran dan pengalaman, kena cekap dan pantas menangani. Saya sendiri ada pelbagai pengalaman di belakang pentas dalam konsert-konsert sebelum ini.

Suasana di belakang pentas ada 1001 cerita, hanya mereka yang bekerja sahaja yang mengetahui setiap debar memberikan yang terbaik, mengejar masa, memastikan semuanya tepat masa dan tentunya mahu semua hal teknikal sempurna.

Sebelum ini, tular video pendek menunjukkan Siti menegur kru belakang pentas mengenai monitor telinganya yang tidak berfungsi beberapa saat sebelum tampil ke pentas.

Rata-rata tertumpu melihat ketegasan Siti kerana tidak pernah melihat keadaan penyanyi itu dalam keadaan marah sebelum ini.

Sumber: Instagram Siti Nurhaliza

SKIP THIS AD ×