berita

[VIDEO] Telatah Jebat Jayden Bercerita Tentang Khasiat Air Zamzam Buat Ramai Terhibur – ‘Sebiji Macam Ayah Dia…’

March 1st, 2023 | by Wani
Kini Trending

Air zamzam memiliki banyak khasiat yang diketahui umum. Baru-baru ini, telatah anak kepada Noor Nabila dan Sharnaaz Ahmad viral di media sosial gara-gara rancak bercerita tentang khasiat air zamzam mengikut kefahamannya.

Artikel Berkaitan: ‘Terima Kasih Mummy Bawa Jebat Ke Tanah Suci’ – Sharnaaz Doa Noor Nabila Bertambah Rezeki

Artikel Berkaitan: ‘Jadilah Anak Yang Kuat, Bijak’ – Sharnaaz Ahmad Titip Doa Sempena Ulang Tahun Kelahiran Jebat

Artikel Berkaitan: Dituduh Dah Bercerai, Video Terbaru Noor Nabila Jawab Spekulasi Netizen – ‘Diorang Masih Suami Isteri Ya’

Khasiat air zamzam

Seperti yang dikongsikan di Instagram (IG), Nabila dan Jebat kini sedang menunaikan ibadah umrah bersama Neelofa, PU Riz dan anak lelaki mereka, Muhammad Bilal serta ahli keluarga yang lain.

Apa yang mencuri perhatian netizen apabila Jebat dilihat petah bercerita tentang khasiat air zamzam menerusi video yang dirakam oleh Nabila dan dimuat naik di TikTok.

Kebanyakan warganet terhibur dengan telatahnya yang dilihat seperti bapanya, Sharnaaz Ahmad ketika bercakap.

Dalam video tersebut, Jebat menyatakan fakta mengikut kefahamannya bahawa minum air zamzam bagus untuk otot tangan walaupun hanya diminum sekali.

@noornabila00

Oooo macam tu ke ustaz? Dia boleh cerita pasal air zam zam pulak…. #jebatjayden #kidsoftiktok #fyp

? original sound – Noor Nabila – Noor Nabila

Macam ayah dia…

Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan warganet memuji kepetahan kanak-kanak itu bercerita tentang khasiat air zamzam. Dalam pada itu, terdapat juga doa yang ditinggalkan buat Jebat agar menjadi anak yang soleh buat ibu bapanya.

Sumber: TikTok @noornabila

SKIP THIS AD ×