berita

[VIDEO] Temui Jasad Wanita Hamil Dakap Ibu Mentua, Netizen Sebak JPAM Jumpa ‘Buku Pink’ & Gambar Scan Baby

July 6th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Baru-baru ini, daerah Baling, Kedah dilaporkan mengalami banjir kilat akibat hujan lebat berterusan lebih tiga jam sehingga mengakibatkan limpahan air Sungai Kupang. Antara kawasan yang terjejas adalah seperti Kampung Iboi dan Kampung Tanjung Luas di Mukim Kupang.

Artikel Berkaitan: Rumah Hanyut Dibawa Arus Deras, Jasad Wanita Strok & Ibu Hamil Ditemui Berpelukan

Susulan daripada itu, terdapat sekurang-kurangnya 20 rumah penduduk di Kupang mengalami kerosakan termasuklah tiga sekeluarga disahkan hilang selepas rumah mereka dihanyutkan arus deras.

Jumpa buku pink, scan baby

Pada keesokan harinya, jasad seorang wanita hamil empat bulan, Nurul Anis Abu Hassan bersama ibu mentuanya, Salmah Mat Akib ditemui berpelukan di bawah timbunan batang pokok yang turut dihanyutkan arus deras. Manakala jasad Khairul Ikhwan Nor Azman ditemui di bawah timbunan kayu yang tidak jauh dari kedudukan jasad Nurul Anis Abu Hassan dan Salmah Mat Akib.

Suasana bertambah pilu selepas viral satu sedutan rakaman live misi pencarian yang dikongsi seorang individu di TikTok. Menerusi rakaman tersebut, kelihatan beberapa anggota JPAM telah menemukan sebuah ‘buku pink’ yang digunakan ibu hamil untuk sesi check-up di klinik berserta gambar scan bayi dalam kandungan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak mengenangkan nasib yang menimpa ketiga-tiga mangsa. Bukan itu sahaja, mereka akui tidak dapat menggambarkan kesedihan yang ditanggung si suami selepas kehilangan dua wanita terpenting dalam hidupnya iaitu si isteri dan ibu tercinta. Dalam kesempatan itu, kebanyakan netizen sempat mengucapkan salam takziah selain menitipkan doa agar ketiga-tiga mangsa ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Video

 

Sumber: TikTok Suria Abdullah

SKIP THIS AD ×