berita

Zizan Razak ‘Hilang Makna’ Aidilfitri Selepas Nenek Meninggal Dunia – ‘Saya Lahir Dalam Bilik Arwah, Banyak Kenangan Bersama’

April 13th, 2024 | by Shahrin
Kini Trending

Zizan

Selepas pemergian arwah nenek pada 2020, pelakon dan pengacara Zizan Razak mengakui sambutan Hari Raya Aidilifitri sudah tidak meriah seperti dahulu.

Artikel Berkaitan: Zizan Razak Tak Selesa Digosipkan Bercinta Dengan Model Nama Nureen – ‘Mengarut & Mencalarkan Kerjaya Seni Saya’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Zizan Razak Hadiah Ibu Kereta Mercedes GLC300, Netizen Respon; ‘Dia Lambat Kahwin Tapi Bahagiakan Keluarga’

Beri impak besar

Zizan Razak

Ketika ditemui OhBulan!, Zizan berkata sejak arwah nenek meninggal dunia, dia lebih banyak menghabiskan masa di rumah sepanjang bulan Syawal.

Pun begitu, dia memberitahu berkemungkinan akan pulang ke Terengganu untuk berjumpa bapanya.

Memang dah beberapa tahun saya tak balik kampung. Selepas pemergian nenek, saya banyak duduk di KL. Tapi kalau balik pun mungkin untuk berjumpa bapa saya di Terengganu.

Cuti saya tak lama, jadi sudah tentu saya akan luang masa bersama ibu di rumah untuk raya kali ini. Bagi saya, raya ini la waktu saya berehat dan ada masa dengan keluarga.

Memang banyak tahun saya duduk rumah saja ketika raya. Saudara mara pun beraya di Terengganu, saya saja di KL. Mungkin lepas raya, saya akan balik.

Dalam pada itu, pelakon filem Polis Evo ini turut memberitahu pemergiaan arwah neneknya telah memberi impak yang besar pada sambutan hari raya.

Dari sebelum Covid dan nenek meninggal pada 2020, saya rasa perubahan raya sangat luar biasa. Saya balik rumah arwah nenek di Terengganu pun, saya masuk rumah dia rasa lain.

Selepas arwah nenek tiada, saya dah tak beraya sangat. Lebih banyak berehat saja. Pemergiaan nenek memberi impak besar kepada saya dan ibu saya.

Kita memang dah tak beraya seperti dahulu. Banyak kenangan di rumah arwah di Dungun sebab saya lahir dalam bilik arwah. Saya lahir di Dungun tapi membesar di Terengganu, setiap hujung minggu balik Dungun.

Saya memang luangkan masa dengan nenek sampai besar tapi bila dah jadi artis agak renggang sikit sebab saya sibuk, itu buat saya agak terkilan.

SKIP THIS AD ×