berita

Bayi Dililit Tali Pusat Di Leher, Yatt Hamzah Kongsi Detik Cemas Ketika Melahirkan Puteri Ketiga

April 10th, 2018 | by Amat
Lensa Insta

Sudah lama tak nampak Yatt Hamzah muncul di kaca drama televisyen, kan? Kini, pengacara dan pelakon Dunia Baru ini kerap menerima undangan sebagai ahli panel di forum-forum agama. Dia juga aktif di media sosial dan gemar berkongsi pengalaman hidup buat teladan pengikutnya.

Terbaru, Yatt memuat naik video detik cemas melahirkan cahaya mata yang ketiga. Video tersebut menyaksikan tali pusat melilit dua kali pada leher bayi tersebut. Namun, kelahiran puteri ketiganya selamat dilahirkan dengan bantuan doktor.

Tali pusat lilit leher anak

Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar! Saya dengan rendah hati share moment detik2 cemas sebelum melahirkan #LilSuci #LilMujahidahSuci #BabyYH pada 1 April 2018 lalu tepat jam 12.10 pm. Hanya dengan 1 niat, agar ia dijadikan inspirasi buat para ibu ayah, yang bakal menimang cahaya mata buat kali pertama dan pengajaran buat anak2. Wallahi sungguh besar pengorbanan seorang wanita bergelar ibu. Sungguh tulus suci cinta mereka. Bila sudah menjadi ibu, barulah faham kasih dan pengorbanan ibu kita dahulu. Wahai para suami, hargailah dan cintailah isterimu kerana dia berjuang dengan nyawanya utk memberikanmu cahaya mata sbg waris legasimu. Tahniah IBU, kalian Mujahidah yg kuat. Semoga anak2 jadi syafaat utk mu ke Syurga. Ameen. . Perhatikan tali pusat yg melilit 2 kali leher #babyYH #LilSuci Alhamdulillah Allah selamatkan anak Bonda. ALLAHUAKBAR! . @zul.autkaz . Shawl PALING SENANG & SELESA DI DUNIA, SESUAI UTK BERSALIN @SUCIBYYATTHAMZAH #SITIAISYAHINSTANT #SAI 📽🎥@suhanakamal_ #BondaYH #yattmengayat #fromtheheartofaMujahidah #darihatiseorangMujahidah #yatthamzah #kisahlabourroomku #newborn #baby #motheranddaughter #labour

A post shared by www.fb.com/YATT.HARYATIHAMZAH (@yatthamzah_suci) on

Pada 1 April lalu, pelakon Yatt Hamzah selamat melahirkan anak yang ketiga. Dia juga berkongsi video detik cemas semasa melahirkan anaknya itu. Video ini menyaksikan leher bayi ini dililit tali pusat sebanyak 2 lilitan. Bagaimanapun, bayi berkenaan selamat dilahirkan pada jam 12.10 tengah hari.

Sungguh besar pengorbanan ibu semasa melahirkan kita. Mereka mempertaruhkan nyawa dan mengharungi sakit semasa proses kelahiran anak yang dinanti.

Cepat masa berlalu

Terus dakap dan cium

Yatt dan suami bersyukur atas kelahiran cahaya mata ketiga ini. Ternyata dia terus mendakap dan cium puterinya ini sepuasnya selepas selamat melahirkan anak. Puteri ketiga Yatt diberi nama Suci Hayfaa Medina.

Credit: Yatt Hamzah

The following two tabs change content below.

Amat

@ammatlarbsib bukan nama sebenar

Most Read Today