berita

Beli & Gores, Anda Mungkin Pemenang Seterusnya Peraduan ‘Senang Jer Menang’ Power Root

June 28th, 2018 | by Wan
Shout Out!

Setakat ini, sudah 77 pemenang bertuah berjaya membawa pulang hadiah bernilai RM55,900 menerusi peraduan Senang Jer Menang anjuran Power Root. Peraduan yang bermula pada 1 Mei 2018 itu masih berbaki 18 minggu dan bakal berakhir pada 31 Oktober nanti.

Pada sidang media Power Root yang berlangsung di Nexus, Bangsar South semalam, seramai 9 orang pemenang bertuah diraikan dan membawa pulang hadiah berupa Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional (SSP BSN).

Tak sangka menang

Salah seorang pemenang, Nur Ihtisyam berkongsi kisah menarik bagaimana dirinya memenangi RM5000. Pada mulanya anak-anak menyangka produk Alicafe tersebut gula-gula dan memaksa dirinya membeli untuk mereka.

Semasa membeli-belah, anak-anak menangis meminta membeli pek Alicafe Tongkat Ali dan Ginseng Original. Saya pun belilah dan gores. Tak sangka dapat RM5000. Macam tak percaya. Terima kasih kepaada Power Root, duit ini saya akan guna untuk perbelanjaan anak-anak dan simpanan masa depan mereka.

Sementara itu salah seorang pemenang yang berasal dari Pahang, Marzana Norazlinda mengakui bertuah kerana berjaya memenangi hadiah berjumlah RM100 dan RM300 menerusi peraduan ini.

Untuk menyertai peraduan ini, beli mana-mana produk Alicafe, Alitea, Per’l atau Per’l Xlim dan gores keratan di dalam pek berkenaan. Maklumat lanjut tentang Peraduan Senang Jer Menang boleh didapati di laman www.powerroot.com.my atau Facebook Alicafe dan Facebook Powerroot.

The following two tabs change content below.

Wan

Content Champions at Rev Asia Berhad
Ex boyfriend Neelofa, bukan kerabat diraja, penulis bertauliah.

Most Read Today