berita

Didakwa Beri Pengecualian Bagasi RM 17K Kepada Rombongan Najib, Ini Respon MAS

June 21st, 2018 | by faris
Isu & Kontroversi

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak bersama isteri dan kaum keluarga dilaporkan terbang ke Pulau Langkawi untuk bercuti di pulau peranginan terkemuka itu. Najib bersama keluarganya termasuk anak perempuan, menantu selain cucunya berada di sana dari 16 hingga 20 Jun lalu.

Viral di media sosial screenshot maklumat penerbangan yang dinaiki mereka yang antara lainnya mendakwa rombongan Najib itu dikecualikan caj bagasinya sebanyak 535kg.

MAS kawal polisi ketat

Screenshot berkenaan mencatatkan jumlah yang sepatutnya dikenakan untuk berat setengah tan itu adalah RM17 000 untuk muatan lebihan Najib dan keluarga ketika sesi percutian itu.

Malaysia Airlines (MAS) menerusi kenyataan akhbar menafikan Najib dikecualikan dari bayaran berkenaan setelah screen dipercayai sistem tiket syarikat penerbangan negara itu tersebar di media sosial.

Bagasi rombongan berkenaan masih dalam lingkungan yang dibenarkan. MAS mengawal ketat polisi bagasi terlebih muatan dan mengesahkan tiada pengecualian dibuat.

Check-in berkumpulan diletakkan bawah satu nama

Syarikat penerbangan itu menerusi pegawainya berkata apabila penumpang check-in secara berkumpulan, semua bagasi dikumpulkan dan ditanda dibawah satu nama dan hal berkenaan akan ditunjukkan sebagai muatan lebihan di dalam sistem.

Pihak MAS turut mengesahkan mengambil serius hal ini dan sedang menyiasat lanjut sumber screenshot yang viral berkenaan.

Sumber: The Star, Free Malaysia Today

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×