berita

Filem Abang Long Fadil Mula Tayang 29 Mei, Bukti Zizan Razak Lebih Popular Daripada Aaron Aziz

April 7th, 2014 | by Noraniza | 19 comments
129
reads
Isu & Kontroversi

zizan aaron

Walaupun tidak lekang dihimpit kontroversi, pelawak yang dilahirkan daripada program realiti televisyen, Zizan Razak nampaknya terus menempa nama dalam industri hiburan tanah air.

Buktinya, bukan sahaja menerima tawaran tidak henti untuk menjadi pengacara rancangan, malah jejaka yang berasal dari Terengganu ini juga aktif dalam bidang lakonan.

Antara lakonannya yang terkesan di hati penonton sudah pastilah dalam filem KL Gangster apabila Zizan telah membawa watak sebagai samseng ‘wanna-be’.

Screen Shot 2014-04-06 at 8.24.08 PM

Antara babak lakonan Zizan Razak dan Aaron Aziz dalam KL Gangster

Walaupun sekadar menjadi pelakon pembantu dalam filem tersebut, Zizan dilihat berjaya membawa watak itu dengan baik apabila gelagat lucu Abang Long Fadil seringkali meniti di bibir peminat.

Memanfaatkan peluang yang ada, pengarah muda yang sedang meningkat naik, Syafiq Yusof telah membawa watak Abang Long Fadil ke dalam bentuk filem pula.

Filem yang bergenre komedi aksi ini membawa kesinambungan daripada kisah KL Gangster apabila sahabat baik Abang Long Fadil, Malik (lakonan Aaron Aziz) telah ditahan dalam penjara.

Berbeza sedikit daripada kisah KL Gangster yang lebih serius, filem ini mengisahkan tentang Abang Long Fadil yang mahu menjadi samseng sehebat Malik dan Shark (lakonan Syamsul Yusof).

Screen Shot 2014-04-06 at 8.32.12 PM

Poster rasmi filem Abang Long Fadil

Bagaimanapun, di sebalik keseronokan menunggu tarikh tayangan filem ini, timbul pula desas-desus yang mendakwa Zizan kini dilihat lebih popular daripada Aaron.

Mana taknya, dengan hanya membawa watak kelakar, Zizan mampu mendominasi cerita dan kini muncul dalam filem spin-off pula.

Sementara itu, Aaron Aziz dan beberapa orang pelakon hebat lain seperti Syamsul Yusof, Soffi Jikan, Kamal Adli dan Tauke Raja Lawak pula tampil sebagai watak pembantu.

Screen Shot 2014-04-06 at 8.58.52 PM

Zizan Razak rangkul 5 trofi di Anugerah Bintang Paling Popular 2012 (ABPBH 2012)

Tercalon dalam 5 kategori untuk ABPBH kali ini, OHBULAN! tidak terkejut jika Anugerah Bintang Paling Popular akan berjaya dirangkul oleh Zizan pula kali ini.

Namun, bagaimana pula dengan pendapat para pembaca sekalian? Apapun, jangan lupa untuk menonton filem Abang Long Fadil yang bakal berada di pawagam pada 29 Mei depan!

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior, Content Champions at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

19 Comments

  1. 20cent.... says:

    aikkkkkk
    knp tiada yang komen ya????

  2. Olga says:

    *YAWN….
    Gangster lagi?
    ZZZZZzzzzzZZZZzzzz……

  3. sotong hitam says:

    Zizan lagi…jemu ler dgn mamat hidong ni….

  4. liana yasmine says:

    busan wei…..

  5. Redvine says:

    oh bosan nye…
    NEXT STORY PLZ!!!

  6. lantakpilah says:

    zzzzzzz

  7. honoz says:

    dl aku suka jgk dgn jijang ni. lepas tu emma kembong yg gedik tu menempel lak. bajet suci btl kembong tu

  8. nok gebuzzz says:

    x d cite lain ke???

  9. wajib tayang says:

    Bosan laa lu zizang…abang long jadahnya badan keding

  10. hooligan says:

    melayu bodoh….bukannya kena paksa tengok pon kalo x suka…..
    komen camGOOD2 jer…..
    korang ingat time coment 2 angel kiri kanan korang tido ker….

  11. Che says:

    ni bukan bukti Zizan Razak lg popular, ni bukti “industri” filem Malaysia tenat…asyik buat spinoff je dengan harapan fans filem asal / pelakon utama datang tgk kt wayang…

  12. bosan says:

    filem yang bakal drop..tahniah..

  13. Andika Putra says:

    Boring. Takde muka lain ke untuk hero Malaysia. Asyik2 muka ko. TV muka ko.Filem muka ko. Patut la industri perfileman skg kesempitan idea.Sebab takde pelapis baru. Cuba hasilkan hero hero baru yg belum tkenal dengan paras rupa yg elok sikit. Zizan ni suh duduk astro je. Jual kat international confirm tak laku muka dia ni.

  14. asha says:

    OVER-RATED