berita

Jangan Gunakan Anak Sendiri Untuk Manipulasi Orang Lain – Bekas Isteri Nedim

September 12th, 2017 | by Wan | 4 comments
136.6K
reads
17K
shares
Isu & Kontroversi

Suami Nora Danish, Nedim meluahkan rasa kecewa apabila dia mendakwa tidak dibenarkan untuk berhubung dengan anaknya Dre yang dijaga bekas isteri Nabilah Khan. Luahan Nedim di Instagram itu mengundang simpati netizen.

Artikel Berkaitan : ‘Jauhkan Anak Dari Darah Daging Perbuatan Keji’ – Luahan Nedim Tak Dapat Jumpa Anak

Nedim bagaimanapun telah membawa kes ini ke mahkamah bagi menuntut hak dirinya sebagai seorang bapa. Bekas isteri Nedim, Nabilah Khan yang menggunakan nama popular Beekhan di Instagram menulis pesanan ini.

Minta jangan ambik kesempatan

Setiap orang ada had tersendiri. Sesetengah orang cuba dalam satu tempoh lama untuk mengambil jalan yang lebih mulia dan tidak merendahkan tahap diri sendiri ke tahap orang lain. Ada dua versi dalam setiap cerita. Awak pilih untuk ambil kesempatan kerana saya berdiam diri, tetapi maafkan saya, salah seorang dari kita berdua perlu ambil tanggungjawab sebagai ibu bapa, kerana awak hanya berpura-pura sebagai bapa di media sosial.

Sesetengah orang perlu ada sedikit rasa malu dan tidak menjaja cerita pada orang ramai untuk menagih simpati. Biar kami hidup aman dan tolong berhenti cari perhatian sehinggakan awak gunakan anak sendiri untuk manipulasi semua orang lain. Ini satu-satunya komen yang akan saya buat berkenaan isu ini, kerana tidak seperti sesetengah orang, saya percaya ada perkara tidak sepatutnya didedahkan kepada anak berusia lima tahun ini.

Ia sesuatu yang peribadi dan patut kekal sebegitu. Mangsa di sini ialah anak. Jadi sekiranya awak nak beri ceramah, apa kata awak utamakan anak awak untuk sekali ini bukannya beri alasan berterusan dan buat sesi foto untuk menebusnya dan tunjuk pada dunia awak bapa yang awak mahu orang lain percaya.

Apa pun, awak betul tentang satu perkara, bahawa kebenaran akan muncul (semuanya) dan Alhamdulillah untuk itu. Mungkin memang sudah tiba masanya dan tak payah nak fitnah sesuka hati. Untuk kali terakhir, jalanilah kehidupan awak dan biarkan kami sendiri.

Masing-masing ada sebab mereka tersendiri mengapa berbuat demikian. Apa pun seorang anak memerlukan kasih sayang dari kedua ibu bapa. Moga perkara ini dapat diselesaikan dengan baik.

Sumber : Nabilah Khan

The following two tabs change content below.

Wan

Content Champions at Rev Asia Berhad
Ex boyfriend Neelofa, sedang berusaha memenangi hati Ummi Nazeera, bukan kerabat diraja, penulis bertauliah.