berita

Panduan Ringkas Untuk Korang Yang Dah Tak Sabar Ke Konsert OneRepublic Live In Malaysia!

April 21st, 2018 | by Wan
Kini Trending

Dah tak sabar rasanya nak tunggu konsert OneRepublic Live in Malaysia 25 April nanti! Dengar cerita tiket konsert ‘laku keras’ dan banyak yang dah terjual. Wah, ramai rupanya peminat kumpulan pop rock terkenal OneRepublic di Malaysia.

Korang pergi ke tak konsert OneRepublic dekat Stadium Merdeka nanti ini? Dah beli tiket ke belum? Kalau belum lagi, bolehlah ajak kawan-kawan untuk dapatkan tiket OneRepublic ini cepat-cepat! Tiket boleh dibeli di TicketCharge dan jangan lupa masukkan promo code OHBULAN untuk dapatkan 5% diskaun ya.

Bagi korang yang dah tak sabar nak pergi konsert OneRepublic Rabu nanti, berikut kami kongsikan beberapa info penting yang korang wajib tahu!

Nak senang guna pengangkutan awam

Pihak penganjur menasihatkan penonton yang akan ke konsert OneRepublic ini menggunakan kemudahan awam seperti monorel untuk ke Stadium Merdeka pada 25 April nanti. Untuk pengetahuan korang, hanya ada SATU PINTU MASUK ke Stadium Merdeka pada hari konsert nanti.

Ia boleh dimasuki menerusi stesen monorel Maharajalele yang terletak bersebelahan Stadium Merdeka. Konsert akan bermula pukul 8 malam jadi untuk mengelakkan kelewatan dan kesesatan, eloklah naik monorel je!

Boleh juga menggunakan perkhidmtan MRT dan turun di stesen Merdeka yang terletak kira-kira 10 minit berjalan kaki ke Stadium Merdeka. Alah, dekat je tu.

Barang larangan

Kami tahu korang semua excited nak pergi konsert ini tapi perlu diingat ada beberapa barang larangan yang tidak dibenarkan untuk dibawa masuk. Antaranya barangan yang tidak dibenarkan dibawa masuk ke konsert:

  • Kamera DSLR/kamera profesional
  • Peralatan rakaman video atau suara
  • Bekas plastik/kaca/ tin
  • Senjata atau sebarang objek tajam
  • Payung atau barangan terlalu besar
  • Pen laser dan mercun atau barangan berbahaya
  • Sepanduk berbaur politik/sepanduk berserta tiang
  • Dadah dan minuman beralkohol

Kita pun tak nak sebarang perkara yang tidak diingini berlaku kan jadi sila patuhi arahan pihak penganjur okay? Nak pergi have fun je!

Pesanan OneRepublic kepada peminat di Malaysia!

https://www.facebook.com/ohbulanofficialfan/videos/2084949988185064/

 

Jumpa korang dekat stadium nanti ya! Tak sabar!

SKIP THIS AD ×