berita

‘Saya Sedih Dengan Manusia Sekarang’- Dituduh Sindir Fattzura, Rita Rudaini Beri Penjelasan

December 7th, 2017 | by Lyna | 0 comments
20.3K
reads
3.2K
shares
Isu & Kontroversi

Melihat Instagram Rita Rudaini, dilihat aktres itu gemar sahaja berkongsi perihal kucingnya, Dahlia bersama pengikut. Seperti Bujibu Chempel, Dahlia turut mendapat perhatian netizen gara-gara gelagatnya yang mencuit hati.

Bercerita pada sebuah akhbar hiburan sebelum ini, pelakon siri tv ‘Ameera’ itu berkata dia berkongsi hubungan akrab dengan kucingnya itu, ke tahap tidak sanggup berpisah walau sekejap. Terbaru, Rita meluahkan rasa kesal kepada Mstar apabila ada segelintir netizen mengaitkan kenyataannya itu dengan pengantin baharu, Fattzura.

Apa kaitan dengan Fattzura?

Jelas aktor jelita itu, apa yang diceritakan kepada portal berita bertajuk ‘Amboi Rita’ itu sekadar kongsian tntang kucing kesayangannya semata-mata.

Saya cerita yang sebenar tentang kucing saya pun salah ke, saya dituduh memerli seorang artis pengantin baru?

“Saya blur sekejap, bila siasat rupanya saya dituduh memerli Fazura. Saya sedih dengan manusia sekarang.

Cerita yang dikaitkan dengan Fattzura

Dituduh sindir Fattzura

Saya berkongsi cerita dengan semua bahawa kucing saya memang manja sampai ikut ke mana sahaja saya pergi sehingga ke dalam bilik air pun dia ikut. Macam mana sayangnya saya pada kucing saya dan rindu jika tidak nampak depan mata.

Malah, gara-gara perkongsiannya itu, Rita dicemuh manusia berhati hitam. Rata-rata netizen mengaitkan situasi ini sama seperti apabila pelakon Fazura berkata tidak sanggup berpisah dengan Fattah Amin walau hanya ke bilik air.

Tidak baik kita menuduh, mungkin memang betul Rita hanya berkongsi tentang kucingnya. Tiada sebarang perkaitan pun. Jadi, janganlah kita laga-lagakan orang.

Sumber: Instagram Rita Rudaini, Mstar

 

Most read today

Recommended for you