berita

6 Bulan Cari Pemilik Sebenar Akaun Bank, Lelaki Terima Wang Salah ‘Bank In’ Dari Wanita Ini

January 22nd, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Salah memasukkan wang ke akaun pihak yang tidak dikenali pasti menjadi mimpi buruk buat seseorang. Hal ini kerana apabila sudah terlajak memasukkan wang, proses untuk mendapat kembali duit dari transaksi berikut sukar untuk dilakukan. Namun, jika pihak yang menerima julah wang daripada kesilapan tersebut itu berhati mulia, pasti akan mudah urusan untuk mendapatkan kembali wang tersebut.

Begitulah yang berlaku pada seorang lelaki yang dikenali sebagai Mohamad Azim yang telah silap memasukkan duit RM1600 ke dalam akaun milik Wendy Lim. Menerusi Malaysia Kini, Wendy Lim telah memulangkan kembali wang tersebut kepada tuannya .

Rasa puas dan lega dapat pulangkan wang

Saya merasa puas dan lega kerana misi memulangkan wang kepada pemilik asal telah berjaya.

Ini motivasi terbesar saya menghantar wang kembali (kepada pemilik asal), dan yang paling penting, saya merasa dihargai dan kandungan mengetahui bahawa wang ini telah membantu Azim dan rakan-rakannya

Setelah berusaha menjejak pemilik akaun sebenar selama 6 bulan, Mohama Azim akhirnya menemui Wendy Lim yang merupakan pelajar di Australia. Kisah Mohamad Azim mencari wendy mula tersebar di media sosial sebelum ini. Menurut Wendy, dia berpuas hati kerana dapat memulangkan semula duit itu kepada pemilik asalnya.

Terharu Wendy mahu pulangkan wang

Saya sangat terharu bila Wendy beritahu yang dia mahu pulangkan balik duit itu.

Menurut Mohamad Azim, dia bersyukur kerana Wendy bertindak untuk memulangkan kembali wang miliknya setelah berhempas pulas mencari pemilik sebenar akaun tersebut. Dia turut menghubungi beberapa pengguna Facebook yang bernama Wendy Lim untuk mengetahui pemilik sebenar akaun itu. Pada awalnya, Wendy tidak dapat dihubungi kerana berana di luar negara. Bagaimanapun, setelah pulang ke tanah air, Wendy menghubungi Mohamad Azim untuk memulang kembali wang tersebut.

Sumber: Malaysia Kini

The following two tabs change content below.