berita

‘Kalau Hari-Hari Orang Datang Manja, Takut Juga Suami Sendiri Tersuka’ – Bella Astillah Tolak Poligami

February 5th, 2023 | by Zulaikha
Isu & Kontroversi

Meskipun pasangan selebriti, Bella Astillah dan Aliff Aziz sudah membuka mulut namun aktres Sophia AlBarakbah masih mengunci mulut berikutan kontroversi tersuka suami orang.

Artikel Berkaitan: ‘Saya Sedang Buat Satu Drama, Sophia AlBarakbah Sahaja Heroin’ – Aliff Aziz

Artikel Berkaitan: Dituduh Bertepuk Sebelah Tangan Takkan Berbunyi, Bella Astillah Balas Aliff Bukan Malaikat – ‘Dia Ada Niat Nak Berubah’

Nasihat suami dulu

Menerusi temu bual bersama Melodi, Bella menegaskan tujuan dia membongkar perbuatan Sophia kepada umum adalah kerana sayangkan keluarga.

Akui Bella, dia takut Aliff tergoda dengan sikap aktres berumur 30 tahun itu yang manja dan lemah lembut sepanjang penggambaran drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah.

Saya buat (pendedahan) sebab sayang keluarga. Ujian ini datang lagi. Saya buat bagi mengelak benda yang lebih teruk terjadi. Saya sangat risau.

Dan macam orang lain tahu, penggambaran itu belum habis lagi. Masih ada sebulan. Kalau saya tak buat macam ini, kita tak tahu apa kesudahan.

Mungkin orang lain cakap kat saya suruh nasihat Aliff, ‘jangan melayan.’ Okey betul, ini adalah jalan yang terbaik iaitu saya kena menasihati suami sendiri dulu.

Tapi kalau hari-hari orang datang manja, nak rehearsel tak boleh kalau tak ada hero (Aliff). Kita elak tapi selama tiga bulan ini, takut juga kalau tersuka macam mana pula? Kalau dengan suami saya sendiri tersuka..

Risau iman bergolak

Selain itu, peserta program Family Duo ini juga menekankan dia menolak poligami.

Kalau kata poligami, saya memang tak setuju. Saya tak nak sampai ke tahap itu.

Ada orang cakap bagitahu Aliff kena kuat sikit. Sekarang ini bukan soal kuat ke tak, kita semua manusia. Iman (tahap) kita tak tahu, itu yang saya risau.

Dalam pada itu, pemilik nama Dayang Nabellah Awang Astillah menitipkan pesanan kepada pelakon filem Miimaland untuk memperbetulkan niat keluarga bekerja.

Kita kalau berlakon, kena betulkan niat. Itu paling penting. Kita cari rezeki untuk keluarga. Dan untuk memperkembangkan bakat dan asah lagi. Akhir sekali, kita sebar kebaikan. Orang akan sayang dan suka kita.

Terdahulu, Bella mendedahkan seorang pelakon wanita berkali-kali membuat panggilan telefon dan menghantar pesanan kepada suaminya sehingga menganggu keharmonian rumah tangganya.

Bella bagaimanapun tidak mendedahkan identiti pelakon tersebut namun warganet mula menyerang akaun Instagram (IG) Sophia sehingga memaksa aktres menghadkan ruangan komen di media sosialnya.

Sumber: Melodi

SKIP THIS AD ×