berita

‘Allah Hadirkan Seorang Peguam Hebat Yang Akan Bantu Kita Sayang, Humairah & Umar’

March 14th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sebelum ini, pelakon, Hafidz Roshdi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu semalam, selepas hakim membaca pertuduhan berhubung kes mendatangkan kecederaan terhadap isterinya.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hafidz Roshdi Mengaku Tidak Bersalah, Mahkamah Perintah Jalani Pemeriksaan Mental Di Hospital Bahagia

Artikel Berkaitan: Keluarga Benar Hafidz Roshdi Kahwin Tanpa Izin Isteri? – Shuhada Balas Balik Surat Terbuka

Artikel Berkaitan: ‘Lawan! Allah Sentiasa Ada’ – Rakan Artis Beri Sokongan Moral Buat Shuhada

Permudahkan urusan kami

Menerusi Instagram Shuhada, ibu kepada dua orang cahaya mata ini dilihat sudah berjumpa dengan peguam yang akan mewakilinya iaitu Nor Zabetha. Menurut Shu, dia berharap segala urusannya untuk menegakkan keadilan di dunia ini dipermudahkan oleh Allah.

Bismillahirrahmanirrahim, Allahuakbar, Allah yang Maha Besar, Allah yang Maha Mengetahui setiap apa yang berlaku, Allah yang Maha Melihat setiap yang terjadi, semoga Kau permudahkan urusan kami menegakkan keadilan di dunia, kerana aku tahu ya Allah, di akhirat kelak, sejauh mana berlari, tetap yang salah akan mendapat balasan yang setimpal.

Tambah Shu, apa yang berlaku ini merupakan perjalanan hidup buat dirinya dan anak-anak. Pada masa yang sama, Shu bersyukur kerana Allah hadirkan seorang peguam yang hebat buat dirinya.

Allah hadirkan seorang peguam hebat @zabethanor yang akan bantu kita sayang, Humairah dan Umar, InshaaAllah.

Terdahulu, Hafidz mengaku tidak bersalah dihadapan Hakim Siti Fatimah Talib berhubung pertuduhan menumbuk pipi kiri isterinya di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya pada 2 Mac lalu.

Susulan itu, hakim yang bertindak sebagai majistret telah memutuskan pelakon filem Pusaka itu dikenakan ikat jamin sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin berserta beberapa syarat tambahan.

Ini termasuk dia dikehendaki menjalani rawatan psikiatri di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan dan menjalani penilaian psikiatri. Selain itu, terduduh juga tidak boleh mengganggu mangsa secara terus atau melalui ejen dengan apa cara sekali pun.

Manakala syarat seterusnya, pasport perlu diserahkan kepada mahkamah. Dalam pada itu, mahkamah menetapkan 9 Jun hadapan sebagai sebutan semula kes.

Sumber: Shuhada

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×