berita

Banyak Kes Jenayah, Suspek Ragut Rantai Leher Di Farmasi Dah Kena Cekup

November 24th, 2020 | by Shira
Kini Trending

Dua orang suspek yang disyaki terlibat dalam kes samun seorang wanita di sebuah farmasi dan cafe di Gombak telah ditahan oleh pihak polis.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Rentap Rantai Leher Dalam Farmasi, Netizen Dedah Peragut Rupanya Dah Banyak Kes!

Penahanan kedua-dua suspek dilakukan pada jam 2 pagi tadi.

Suspek banyak kes jenayah

Berdasarkan perkongsian daripada wartawan Mohd Redzuan Abdul Manap memaklumkan pihak polis Wangsa Maju dengan bantuan D4 JSJ Bukit Aman telah menahan kedua-dua suspek yang berusia 31 dan 40 tahun itu di lobi sebuah hotel yang terletak di Jalan Pudu Kuala Lumpur.

Selain ditahan, pihak polis juga berjaya merampas pakaian yang digunakan oleh suspek ketika melakukan jenayah samun itu. Difahamkan, rantai leher milik mangsa yang dicuri telah dijual kepada pihak ketiga.

Semakan rekod jenayah mendapati suspek satu mempunyai 21 rekod jenayah dan dadah manakala suspek dua punyai 5 rekod jenayah dan juga dikehendaki bagi kes dadah. Hasil soal siasat awal, suspek juga telah mengaku terlibat dalam beberapa kes samun dan curi dalam kenderaan di beberapa lokasi di Setapak dan Sentul.

Sementara itu, pihak polis mengucapkan jutaan terima kasih kepada orang ramai yang membantu dan memberi kerjasama.

Siaran media

 

Sumber: Mohd Redzuan Abdul Manap

SKIP THIS AD ×