berita

Bekas Menantu Zainal Abidin Pilih Lelaki Kulit Cerah Jadi Kekasih? Kongsi Foto Bersama

March 20th, 2024 | by Shahrin
Kini Trending

Suzur Sofia

Perkongsian di Instagram Stories milik bekas menantu kepada jurulatih bola sepak negara, Datuk Zainal Abidin iaitu Suzur Sofia mencuri perhatian apabila dia memuat naik beberapa foto bersama seorang jejaka.

Artikel Berkaitan: Suzur Sofia Dakwa Diserang Sekumpulan Lelaki Hingga Cedera – ‘Niat Mereka Mahu Menculik Anak Saya?’

Artikel Berkaitan: ‘Aku Culik Anak? Tak Ada Kaitan Jangan Masuk Campur. Habis Rosak Kereta Aku Kau Panjat…’ – Suzur Sofia

Kekasih baru?

Suzur Sofia

Antara foto tersebut memperlihatkan mereka bersama di dalam kereta dan di sebuah kedai makan.

Bagaimanapun, wajah jejaka berkulit cerah berkenaan tidak didedahkan kerana ditutup dengan pelekat atau ‘sticker’.

Perkongsian berkenaan sekali gus menimbulkan tanda tanya adakah jejaka itu merupakan kekasih baharu Sofia selepas dia bercerai dengan bekas suami yang juga pemain bola sepak iaitu Mohd Zaiza.

Sementara itu, menerusi satu lagi siri hantaran di entri sama, ibu kepada dua cahaya mata itu memuat naik hantaran berbentuk luahan hati.

Saya sudah meletakkan diri saya pada tahap terendah dan terus berdiam.

Dan paling penting dia jauh lebih bagus daripada awak. Dalam apa jua keadaan, dia sangat berbeza dan jauh lebih bagus berbanding awak. Saya ulang jauh lebih bagus.

Pun begitu, kepada siapa hantaran berkenaan ditujukan tidak didedahkan.

Sebelum ini, Sofia mendakwa telah dipukul oleh bekas suami sehingga mengakibatkan kecederaan pada tubuh badan.

Terdahulu, Sofia dan Mohd Zaiza bercerai talak satu pada 14 Jun lalu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Untuk info, pasangan itu berkahwin pada 15 Januari 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata bernama Muhammad Zaynedine Sulaiman, 7, dan Seri Zayana, 3.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×