Siapa yang tidak kenal dengan salah seorang ahli rancangan hiburan popular Korea, Running Man iaitu Jee Seok Jin. Keletah serta lawaknya yang bersahaja sentiasa mencuri hati penonton rancangan itu dan juga para pengikutnya di laman media sosial.
Terbaru, artis berusia 54 tahun itu sekali lagi menarik perhatian para peminat khususnya di Malaysia apabila dia membuat satu video berupa Lipch Synching Dubsmash di aplikasi TikToknya. Apa yang menarik perhatian, Seok Jin membuat video itu dengan menggunakan sebuah lagu dari Indonesia. Serius lawak!
Terbaik lip-sync dia!
Jee Seok Jin via Tik Tok ? pic.twitter.com/gliAFnm7I0
— Running Man ??? (@SBSRunningManKR) January 22, 2020
Menerusi satu potongan video pendek yang dikongsikan laman Twitter SBSRunningManKR ini, Seok Jin dilihat ‘bermain’ aplikasi TikTok bersama seorang wanita.
Bagaimanapun apa yang menarik perhatian netizen adalah lagu yang dipilih pelawak itu di mana dia menggunakan lagu berjudul Izinkan nyanyian dua penyanyi Indonesia iaitu Thomas Arya dan Iqa Nizam.
Bahkan apa yang lebih melucukan, Seok Jin seakan dilihat berjaya membuat lyp sync terhadap lagu itu dengan tepat sekali. Sejak ia dikongsikan, video itu juga telah berjaya meraih hampir 29k rt dengan lebih 25k tanda suka.
Seok Jin di TikTok
SHUT UP JI SUKJIN HAS WON THE CHALLENGE ?? #anysongchallenge pic.twitter.com/bR9LUzbM2R
— dramoron (@macar0ns) January 19, 2020
Ini dua lagi video Seok Jin di TikTok yang boleh buat korang terhibur!
Sumber: Twitter SBSRunningManKR