berita

Bilangan Kematian Akibat Covid-19 Meningkat, Itali ‘Lockdown’ Sunyi Sepi Tanpa Pelancong

March 13th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Sehingga kini negara Itali telah mencatatkan sebanyak lebih 12ribu kes dan 827 kematian akibat wabak COVID-19. Itali dahulunya dipenuhi dengan kunjungan pelancong dari luar negara, kini bertukar sepi apabila pihak kerajaan tempatan tegas mengeluarkan saman penjara sekiranya penduduk ingkar untuk keluar dari rumah.

Perkongsian dari Irwan Dahnil menunjukkan perubahan bandar-bandar utama di Itali telah dikawal ketat dan tiada lagi kebebasan untuk bergerak dalam negara termasuklah untuk warganegara sendiri.

Sudah merebak ke seluruh wilayah

Bila aku tengok berita di televisyen malam tadi, rasa risau betul tentang macam mana sesebuah negara yang dikuarantin akibat Covid-19. Semua pergerakan keluar masuk ke Itali dikini dikawal. Itali ‘lockdown‘ bermaksud tiada lagi kebebasan untuk bergerak dalam negara termasuklah untuk warganegara sendiri.

Hanya yang mempunyai permit sahaja dibenarkan untuk travel. Mereka terpaksa tandatangan sijil pengisytiharan dari mana dan ke mana destinasi setiap orang. Kes Covid-19 sudah merebak ke seluruh wilayah. Ia mencatatkan jumlah kematian tertinggi di dunia dalam masa satu hari.

Tiada travel dibenarkan


Di luar kawasan semua penduduk dinasihatkan untuk duduk sahaja di rumah. Polis meronda dan membuat pengumuman menggunakan speaker untuk sebarang maklumat. Dalam satu malam sahaja peraturan kuarantin di Itali yang menghadkan 16 juta penduduk di bahagian utara untuk keluar masuk, telah diperpanjangkan ke seluruh wilayah yang melibatkan 60 juta penduduk.

Tiada travel dibenarkan antara bandar kecuali kecemasan. Tiada himpunan awam dibenarkan. Segala acara sukan dibatalkan. Bahkan bagi yang ingkar, hukuman saman atau penjara selama 3 bulan boleh dikenakan.

‘Darkest Hours’ seluruh negara


Kafe hampir kosong. Yang patutnya hidup sehingga malam, kini tutup lebih awal menjelang petang. Seperti yang dikatakan oleh Presiden Itali, ia adalah ‘darkest hours’ untuk seluruh negara. Tiada night life.

Laporan juga menyatakan dalam seminggu dua lagi tiada hospital boleh menerima sebarang pesakit Covid-19 disebabkan penuh. Bagi yang tidak menunjukkan simpton, pergerakan mereka terbatas.

10 orang dalam satu masa

Antaranya, cuma dibenarkan ke supermarket. Itu pun dihadkan kepada 10 orang dalam satu-satu masa. Mereka terpaksa berbaris untuk membeli keperluan dan sepanjang barisan mereka berdiri dengan jarak 3 kaki antara satu sama lain!

Berbaris jarak 3 kaki

Syarikat penerbangan juga telah banyak membatalkan penerbangan ke Itali. Tempat tumpuan pelancong seperti Duomo, Milan dan Venice dikatakan lengang. Kosong. Bukan seperti Itali yang kita kenali.

Moga Allah jauhkan wabak ini seperti lockdown di Itali. Penyebarannya boleh dikawal dengan isolasi dan kuarantin. Kurangkan berjalan ke tempat yang tidak perlu. Berada dirumah adalah terbaik sambil melayan Netflix. Nikmat Tuhan mana yang mahu didustakan? Allah masih pelihara Malaysia.

Sumber: Irwan Dahnil

SKIP THIS AD ×