‘Melentur buluh biarlah dari rebungnya’ itulah definisi yang sesuai digambarkan buat adik perempuan ini. Menurut Twitter Hanisah, adik sepupunya itu masih lagi belajar di Taska Pasti dan mampu membaca petikan hadis beserta dengan terjemahan Bahasa Melayu sekali.
Guru di taska berkenaan telah pun mengajar anak-anak murid mereka membaca hadis dan ayat Quran sehinggakan rata-rata pelajar mampu menghafal serta menjadi amalan. Netizen yang menonton video ini juga kagum dengan kanak-kanak ini. Terbaiklah, dik!
Dia memang suka baca berulang kali
My cute little cousin ni memang suka baca berulang kali something yang dia dah belajar so I asked her untuk baca hadis yang dia dah belajar. Aaaaaaaaa meh la dengar sekali I swear tak rugi kalau you guys tengok ???? pic.twitter.com/IPQLfcSqcn
— ? (@nisssssss_) August 18, 2019
Video di laman Twitter Hanisah ini telah meraih kira-kira 18ribu Retweet dan rata-rata netizen menyukainya. Netizen turut mendoakan agar adik ini terus membaca ayat-ayat suci al-Quran hingga menjadi amalan harian. Mereka turut menyukai cara kanak-kanak ini membaca sekali dengan terjemahan Bahasa Melayu selepas bacaan hadis yang sangat jelas dan satu per satu.
Sambungan hafazan
Sambungan… ??? pic.twitter.com/pS3hOn1VKP
— ? (@nisssssss_) August 18, 2019
Tambah kenyataan dari Hanisah lagi, kanak-kanak ini gemar membaca petikan hadis dan Quran setiap kali pulang dari taska sehingga menjadi amalan harian yang perlu dipraktiskan. Malah, dia juga akan membaca apa yang dipelajarinya di taska.
Baca ulang kali apa yang belajar
Sejuk perut ibu mengandung
Sumber: Hanisah