berita

Dah Macam Suami Isteri, Peminat Suka Tengok Gandingan Anna Jobling & Meerqeen Dalam Drama

January 26th, 2023 | by Wahidah Othman
Kini Trending

Pelakon drama sensasi, Anna Jobling dan Meerqeen dikatakan sangat serasi sehingga kelihatan seperti suami isteri yang sebenar.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Anna Jobling Simpati Meerqeen Kena Kecam Netizen

Artikel Berkaitan: Drama Melur Untuk Firdaus Sampai Ke Penghujung, Peminat Dah Minta Musim Kedua

Melur dan Firdaus

Menerusi posting yang dimuat naik di akaun TikTok, Anna berkongsi video dirinya sedang menari bersama hero dramanya, Meerqeen yang berjaya membuat peminat mereka tidak senang duduk. Tambahan pula, drama fenomena ‘Melur Untuk Firdaus’ itu bakal memenui penonton tidak lama lagi pada musim kedua.

Dalam pada itu, rata-rata peminatnya turut meluahkan rasa teruja untuk menyaksi pasangan ‘sweet’ ini bergandingan semula di kaca televisyan sebagai Firdaus dan Melur.

Bukan itu sahaja, pada ruangan komen, ada sebahagian pengikutnya mendakwa mereka sudah dilihat seperti pasangan suami isteri dan bukan sekadar lakonan dalam drama sahaja. Malah, ada di antara mereka turut mendoakan agar pasangan ini berjodoh.

Video

@annajobling

?? #meluruntukfirdausseason2

? Sure Thing (sped up) – Miguel

Sumber: Anna Jobling

SKIP THIS AD ×