berita

Dakwa Dajjal Handsome Mirip Nabi Isa, Aiman Banna Cetus Kontroversi Lagi

September 19th, 2019 | by Shahira
Kini Trending

Siapa yang tidak kenal dengan ‘ustaz muda’ yang dikenali sebagai Aiman Banna atau nama sebenarnya Mujahid Aiman bin Rumawi yang sering mencetuskan kontroversi dengan beberapa isu yang kurang menyenangkan.

Terbaru, sekali lagi Aiman mencetuskan isu panas apabila dia mendakwa bahawa rupa Dajjal adalah mirip Nabi Isa dan Nabi Isa pula mirip Nabi Muhammad. Kenyataan yang dikeluarkan itu mengelirukan sehingga telah mendapat kecaman dari netizen.

Dajjal mirip Nabi Isa

Isu itu bermula apabila Aiman cuba mengulas tentang isu kehadiran Dajjal dan juga Nabi Isa pada hari kiamat kelak.

Susulan daripada soalan ‘adakah kaum wanita ramai yang akan mengikut Dajjal di hari akhirat kelak?’, menerusi kenyataannya di ruangan komen Aiman mengatakan bahawa rupa Dajjal adalah mirip Nabi Isa dan Dajjal bukan lah raksasa yang hodoh, badan besar dan sangat menakutkan.

Dia manusia biasa, yang kita boleh faham dia itu manusia biasa macam kita, buta mata sebelah. Dia handsome kerana dia mirip Nabi Isa. Nabi Isa pula mirip Nabi Muhammad.

Bukankan Nabi kita handsome? Sebab itu nanti bila Dajjal datang, orang akan keliru.

Kenyataan mengelirukan

Tambahnya lagi, kerana itulah nanti ramai akan keliru dan menyangka Dajjal itu Nabi Isa yang akan menyelamatkan kita, sedangkan dia bukan lah Nabi Isa seperti yang disangka tetapi dia adalah Dajjal.

Sebab itu nama dia Al-Masih Ad-Dajjal. Al-Masih yang benar hanyalah Nabi Isa. Al-Masih yang palsu ialah Dajjal.

Dajjal ini maksudnya mudah faham iailah ‘palsu’, jadi dipanggil Al-Masih Ad-Dajjal kerana dia palsu dan penyebar fitnah yang besar.

Menurutnya, walaupun ada perkataan ‘kafir’ pada dahi Dajjal, akan tetapi tulisan itu hanya mampu dilihat oleh orang beriman.

Selepas mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan itu, Aiman kemudian dikecam teruk oleh netizen di laman sosial.

Ulasan lanjut Dai Wan dan Ustaz Rozaimie

Dalam pada itu juga, beberapa orang ustaz dan pendakwah turut menjawab serta mengulas dengan lebih lanjut mengenai kenyataan berkaitan isu Dajjal yang dikeluarkan oleh ‘ustaz muda’ itu.

Menurut kedua-dua orang pendakwah ini iaitu Dai Wan dan Ustaz Rozaimie, rupa Dajjal bukanlah seperti Nabi Isa sebaliknya menyerupai Abdul ‘Uzza Ibni Qatan iaitu seorang lelaki dari Bani Khuza’ah.

Aiman mohon maaf

https://www.instagram.com/p/B2i4gR-gEVb/?utm_source=ig_web_button_share_sheet

Walau bagaimanapun, menerusi akaun Instagram miliknya, Aiman telah tampil memohon maaf atas salah faham serta kenyataannya yang mengelirukan ramai orang.

Menurutnya, dia mengakui itu merupakan kesilapan dan kekhilafannya kerana mengeluarkan kenyataan tanpa selidik dahulu sebaik sahaja selepas mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal di saluran YouTube.

Saya ingin berterima kasih kepada pihak yang sudi terus menerus menegur saya dalam dakwah saya. Amatlah saya hargai. Jazakumullahukhairan.

Rata-rata netizen turut memberi maklum balas mengenai kenyataan tersebut dan meminta agar Aiman selidik dan kaji dahulu tentang sesuatu perkara itu sebelum berdakwah tentang Akidah Islam.

Sumber: Aiman Bana, Dai Wan, Ustaz Rozaimie

SKIP THIS AD ×