berita

Didakwa Gagal Tunai Janji Manifesto, 5 Individu Saman PTPTN & PH

October 23rd, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Sebelum ini, ramai pihak khususnya para mahasiswa tidak berpuas hati dengan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang didakwa melanggar janji manifesto mereka ketika kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu. Antara perkara yang dijanjikan dalam manifesto tersebut adalah penangguhan bayaran balik PTPTN bagi mereka yang mempunyai pendapatan kurang dari RM4,000 sebulan.

Susulan itu, terbaru menerusi laporan Harian Metro, beberapa individu telah bertindak memfailkan saman terhadap PTPTN dan PH selepas didakwa gagal untuk melaksanakan janji dalam manifesto tersebut.

5 individu failkan saman

Menurut laporan itu, seramai 5 individu telah memfailkan saman mereka secara e-filing, semalam menerusi Tetuan Adnan Sharida & Associates.

Mereka adalah Andry Putra Haris, Farah Athirah Kamarozaman, Mohamad Asrol Md Jailani, Mohamad Muzakkir Mohamad Ali, dan Mohammad Aswad Sobri,  yang mana masing-masing berumur di antara 27 hingga 34 tahun.

Kesemua mereka menamakan PTPTN selaku defendan pertama, PH, dan kerajaan Malaysia sebagai defendan kedua dan ketiga.

Tak laksana seperti dijanjikan

Kelima-lima mereka selaku plaintif mendakwa janji yang ditaburkan PH ketika bertanding untuk PRU14 lalu tidak dilaksanakan dalam tempoh 100 hari seperti yang dijanjikan.

Antaranya termasuklah penangguhan pembayaran balik pinjaman PTPTN kepada peminjam yang berpendapatan di bawah RM4,000 sebulan.

Mereka mendakwa janji yang ditawarkan defendan kedua iaitu PH dalam buku harapan adalah kontrak yang mengikat plaintif dan rakyat untuk mengundi parti itu pada PRU lalu. Susulan itu mereka menuntut satu deklarasi bahawa janji pilihan raya atau manifesto pilihan raya adalah satu kontrak mengikat kepada parti politik yang menang PRU itu.

Respon netizen

 

Rata-rata netizen meluahkan pendapat berbeza tentang tindakan yang diambil 5 individu ini. Ada yang menyokong perkara itu malah tidak kurang ada juga yang berpandangan ia menjadi tanggungjawab mereka untuk membayar balik pinjaman PTPTN untuk kesenangan peminjam lain pada masa depan.

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×