Kes denggi saban hari semakin meningkat walaupun banyak langkah pencegahan telah dilakukan oleh pihak berwajib. Malah Kementerian Kesihatan pada Mac lalu meramalkan kes denggi pada tahun ini lebih buruk.
Terbaru seorang doktor dari Malaysia, Dr. Dhesi Baha Raja telah memenangi satu pertandingan inovasi di London dimana hasil kajian serta rekaannya ini mungkin dapat membantu sekaligus menangani wabak denggi.
Mobile apps kesan ‘hotspot’ denggi
Apa yang menariknya AIME (Artificial Intelligence in Medical Epidemiology), applikasi yang bakal dibangunkan ini dapat mengesan ‘hotspot’ atau kawasan yang berisiko tinggi terkena jangkitan denggi sekurang – kurangnya 3 bulan lebih awal.
Ialah denggi ini bukan semua tempat dia ada, kawasan-kawasan tertentu sahaja. Secara tak langsung applikasi ini mampu memberi peringatan awal kepada pihak berwajib untuk bersedia dengan sebarang kemungkinan penularan wabak ini. Pendek kata kita pun boleh download secara percuma dan check sendiri.
Rakyat Malaysia antara yang terawal dapat guna applikasi ini
Jika applikasi ini berjaya dibangunkan, memang bertuahlah sebab kita rakyat Malaysia antara yang terawal dapat manfaat daripada hasil inovasi ini. Cuma masukkan lokasi tempat tinggal dan terus dapat detect.
Caranya mudah, korang cuma kena vote Dr. Dhesi di Webe community.
Dalam pertandingan Mini Startup Challenge oleh PISTONIA Alliance yang berlangsung di London ini, Dr Dhesi menerima hadiah bernilai 10,000 Euro.