berita

Fizz Fairuz & Almy Nadia Akhirnya Selamat Bergelar Suami Isteri

April 26th, 2014 | by Ai
Lensa Insta

Fizz-Fairuz-Almy-Nadia-1

Selepas sekian lama menyulam cinta dan menghadapi pelbagai dugaan sebagai pasangan kekasih, akhirnya Fizz Fairuz dan Almy Nadia disatukan sebagai pasangan suami isteri yang sah.

Pasangan mempelai ini terlebih dahulu mengikat tali pertunangan sebelum mereka dinikahkan lebih kurang jam 5:40 petang tadi dalam sebuah majlis sederhana namun cukup meriah sambil dihadiri oleh keluarga terdekat dan rakan-rakan media.

Almy kelihatan sangat cantik mengenakan sepasang busana berwarna biru semasa bertunang. Manakala untuk pernikahan pula, Almy memilih busana pengantin berwarna biru firus sekaligus menyerlahkan lagi seri pengantin di wajahnya.

Screen Shot 2014-04-26 at 18.06.35

Difahamkan, majlis penyatuan dua hati ini telah diadakan di Masjid Balik Pulau, Pulau Pinang memandangkan Almy berasal dari negeri berkenaan.

Tahniah diucapkan buat pasangan pengantin dan kaum keluarga. Semoga masjid yang dibina sentiasa dilimpahi keberkatan dan berbahagia selamanya. Sementara itu, jom lihat foto-foto sekitar majlis pertunangan dan pernikahan mereka di bawah ini.

Kredit foto : The Permasiuris

SKIP THIS AD ×