berita

Foto : Josiah Hogan Kahwin Kali Kedua

May 31st, 2013 | by Ai
Lensa Insta

Josiah Hogan kahwin

Bagi anda yang mengikuti drama Cinta Jangan Pergi, pada setiap hari Sabtu dan Ahad, jam 8.30 malam di TV9, pasti anda akan kenal dengan pelakon yang membawa karakter sebagai Doktor Hud, iaitu Josiah Hogan.

Pada 25 Mei lalu, Josiah dikhabarkan telah melangsungkan perkahwinan dengan gadis pilihannya yang berasal dari negeri Pahang, iaitu Nurul Hidayu atau lebih mesra dipanggil sebagai Ayu.

Untuk pengetahuan anda semua, ini merupakan perkahwinan kali kedua buat Josiah, di mana sebelum ini pelakon tersebut pernah berkahwin dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama, Irvine.

Josiah Hogan kahwin 2

Sweet je mereka berdua ni kan?

Menerusi repon peminat di laman Instagram, ramai antara mereka melahirkan rasa gembira dengan berita perkahwinan ini dan mereka turut memuji kecantikan serta keayuan yang dimiliki oleh gadis pilihan Josiah.

Josiah Hogan

Josiah Hogan kahwin 3

Nampaknya, anak Josiah pun sangat rapat & manja dengan Ayu

Bagi anda yang masih belum kenal siapakah Josiah sebenarnya, apa kata kita lihat beberapa koleksi foto menarik Josiah dan isteri tercinta selepas ini.  

Kredit Foto : Instagram Josiah Hogan