berita

Ibu Saudara Neelofa Dimasukkan Ke Hospital Akibat Jangkitan Pada Paru-Paru – ‘Dia Kena Pakai Mesin Bantuan Pernafasan’

November 12th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Ibu saudara kepada pengacara dan pelakon, Neelofa iaitu Noorlida dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Sabah selepas mengalami masalah ‘Pneumonia’ iaitu radang paru-paru.

Menerusi Instagram beberapa orang ahli keluarga pengacara tersebut, keadaan Noorlida pada masa ini dilaporkan agak lemah dan dia terpaksa menggunakan mesin bantuan pernafasan.

Berada di ICU

Menurut Noor Intan iaitu adik kepada Noorlida, kakaknya kini berada di unit rawatan rapi (ICU) dan memerlukan mesin bantuan pernafasan. Sebagai adik, Noor Intan memohon doa daripada netizen agar kakaknya itu diberi kekuatan supaya kembali sihat seperti sebelum ini. Selain Noor Intan, kakak kepada Neelofa iaitu Sara dilihat menjawab semua soalan daripada netizen mengenai keadaan ibu saudaranya yang terlantar sakit sekarang ini.

Menerusi Instagram Story Sara, dia memberitahu bahawa keadaan oksigen di dalam badan ibu saudaranya semakin rendah. Disebabkan itu, Noorlida dimasukkan segera ke hospital.

Keluarga buat bacaan Yasin

Menerusi pemerhatian pihak OhBulan! rata-rata ahli keluarga Noorlida melakukan majlis bacaan Yasin semalam, untuk dirinya. Terdahulu, Noorlida dan adik beradiknya dilihat pergi bercuti di Sabah sambil melawat anak buah mereka iaitu Nellisa yang menetap di sana. Keluarga ini dilihat menaiki sebuah kapal dan turut menyambut ulang tahun kelahiran adik kepada Neelofa iaitu Faliq Khan.

Sumber: Noor Intan & Sara

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×