berita

“Kakak Dah Macam Ibu Kedua..”- Kongsikan Kisah Wanita Terhebat & Menangi Hadiah Menarik!

August 6th, 2020 | by Nurul
Kini Trending

Kredit: Azyan Shorlokman, 26

Kalau sebut pasal wanita, mesti akan ada seseorang yang akan terlintas dalam fikiran kita. Sama ada wajah ibu yang tanpa lelah menjaga kita dari kecil, ataupun wajah pengasuh yang menyayangi kita sama seperti anaknya sendiri, atau mungkin cikgu yang tak jemu-jemu mendidik kita sehingga berjaya?

Siapa pun yang terlintas di fikiran, pasti ada seseorang yang paling bermakna dan memainkan peranan yang penting dalam hidup kita semua. OHBULAN berpeluang untuk berkongsi kisah menarik pembaca kami tentang kakaknya dan kenapa dia menganggap wanita tersebut teristimewa dalam hidupnya..

“Kakaklah penghibur setia saya”- Azyan

Kredit: Azyan Shorlokman, 26

“Selepas tamat ijazah, saya dan kakak tinggal berjauhan daripada ibu dan ayah kerana bekerja di luar daerah. Niat kami hanya satu, untuk membalas jasa ibu ayah dan menggembirakan mereka. Tapi saya sangat bersyukur sebab kakak selalu ada dan menemani saya kemana sahaja. Memandangkan kami hanya tinggal berdua di KL, segala susah senang kami kongsi bersama.

Kakak macam ibu kedua saya yang selalu menjadi pembakar semangat bila saya down atau ada masalah. Pernah sekali, kakak kehilangan kerja dan tiada punca pendapatan selama dua bulan. Saya masih ingat bila kami terpaksa berjimat dan menghadkan semua perbelanjaan.

Walaupun keadaan masa tu agak tegang apabila kakak seakan-akan patah semangat setelah hilang pekerjaan, namun dia terus kuat dan berusaha untuk mencari rezeki pekerjaan di tempat lain. Asalkan kami berdua tak menyusahkan ibu dan ayah.

Sebak rasanya bila teringat betapa kuatnya kakak mengharungi dugaan hidup. Alhamdulillah, sekarang kakak dah dapat kerja baru dan kami boleh teruskan kehidupan seperti biasa.

Bagi saya, dia bukan je seorang kakak, tapi saya anggap dia juga sebagai sumber inspirasi sehingga saya berada di tahap yang menbanggakan sekarang. I love you, kak cik!”.

Nak menangi baucar dan hadiah ekslusif dari Proviton? Senang je..

Lepas baca cerita Azyan tadi, teringat pula wanita yang paling teristimewa di hati ni iaitu ibu admin. Bagi admin, kasih dan pengorbanan ibu memang tiada tandingan dan tak boleh ditukar ganti.

Oleh itu, sebagai menghargai jasa wanita, Proviton Daily Multivitamins ingin memberi peluang kepada korang semua untuk meraikan wanita yang paling penting dan mempunyai pengaruh terbesar dalam hidup korang dengan peraduan #LoveYouMore! Siapa tahu, mungkin korang bertuah dan bakal bawa pulang hadiah menarik!

Macam mana nak sertai? Apa yang korang perlu lakukan hanyalah:

  • Calonkan seorang wanita pilihan korang dengan memuat naik gambar atau video mereka di Instagram
  • Kongsi kisah menarik mengenainya dan mengapa korang fikir beliau layak untuk menang
  • Jangan lupa gunakan hashtag ini: #ProvitonMy #LoveYouMore #MyStrength #Terima KasihWanita
  • Pastikan profil Instagram korang dalam mode umum

Contoh:

“Ibu saya, Nor Azura merupakan wanita yang paling saya hormati dan sangat penting dalam hidup saya. Beliau layak untuk memenangi pertandingan ini kerana __________.”

Kisah yang paling menyentuh hati akan terpilih sebagai pemenang..

Kalau korang nak tahu, Proviton Daily Multivitamins akan memilih 20 kisah yang paling kreatif dan menyentuh perasaan untuk menjadi pemenang peraduan #LoveYouMore ini. Peraduan ini akan berlangsung dari 1 Ogos 2020 sehingga 30 September 2020 tau!

Antara hadiah yang ditawarkan adalah:

Calon: RM100 baucar Shopee + sejambak bunga eksklusif + Proviton Daily Multivitamins

Korang: RM100 baucar Shopee +Proviton Daily Multivitamins

Jadi, apa tunggu lagi, guys. Jangan lepaskan peluang ini! Inilah masanya untuk tunjukkan penghargaan kepada wanita terisitimewa dalam hidup korang. Semoga berjaya!

Untuk maklumat lanjut, klik sini. 

Artikel Berkaitan: Rakyat Malaysia Kongsi Kisah Bagaimana PKP Mengajar Mereka Menghargai Pengorbanan Wanita!

SKIP THIS AD ×