berita

‘Kami Sangat Terhutang Budi Kepada Kalian Semua!’ – Ucapan Terima Kasih Ayah Ainul Mardhiah

June 12th, 2019 | by Amat Larbsib
Kini Trending

Sepastinya sebuah pengalaman baru dan paling bermakna yang dilalui Ahmad Saifuddin dan isteri semenjak berita mengenai penyakit Germ Cell Tumour dihadapi adik Ainul menjadi viral. Seluruh rakyat Malaysia termasuk Dr Amalina Che Bakri turut menghulurkan bantuan membantu mempermudahkan urusan bagi membuang ketumbuhan pada mulut bayi itu.

Ayah kepada adik Ainul, Ahmad Safiuddin menerusi laman Facebook kongsi beberapa foto wajah-wajah hero yang telah bertungkus lumus menjaga dan mengambil berat tentang anaknya itu. Bermula perjalanan dari Malaysia hingga jejak di bumi London. Terima kasih buat rakyat Malaysia dan semua hero!

Mereka semua adalah doktor hebat!

Selain Dr Amalina, Ainul juga ada aunty-aunty barunya di sini yang juga banyak membantu kami sekeluarga. Mereka semua adalah Doktor doktor yang hebat!

Special thanks to Dr Jaseem (Avisena) and Dr Guna (SJMC) yang merupakan Doktor dari Malaysia yang menguruskan transfer Ainul dari Malaysia ke London. Tugas mereka sangat berat kerana perlu memastikan Ainul selamat ketika dalam perjalanan (penerbangan 13 jam). Alhamdulillah, Doktor berdua ini dapat hantar Ainul di depan pintu hospital dengan selamat dan berjaya

Dan, Dr Razin (Medical Director MAS) yang bantu untuk membenarkan ainul lepas untuk menaiki flight. Dr Razin and team Mas banyak juga ambil tempat dalam menjayakan Ainul ke London. Special thanks dekat Pilot yang bawa Ainul termasuk crew cabin yang banyak bantu kami di atas flight!

Setibanya kami di london, kami sekeluarga telah dijemput oleh Dr Fahja (Anaes, UK), Dr Najmiah (anaes, UK), Prof Dr Faridah (Lect, UK) dan Encik Jeffri wakil dari Kedutaan Malaysia termasuk wakil dari MAS London. Sepupu saya dari Malaysia juga turut menemani kami dari Malaysia, Dr Ruhaiza dari Hospital Melaka.

Kami sangat terhutang budi

Mereka ini adalah kakak-kakak kami di sini. Mereka bantu uruskan dari segi penginapan, makanan, dan sentiasa menyokong dan memberikan kata kata semangat buat kami suami isteri. Mereka lah kiriman Tuhan kepada kami, sentiasa memudahkan urusan kami. Mereka hanya minta kami fikir dan fokuskan kepada ainul sahaja, the rest mereka uruskan. Baik sungguh hati!

Walaupun mereka semua sibuk dengan kerja dan keluarga masing masing, tapi sentiasa curi masa untuk bersama kami dan Ainul di hospital.

Kami sangat-sangat gembira dengan Allah bila DIA telah kirimkan kepada kami pelbagai jenis manusia yang baik hati supaya dapat memudahkan segala urusan kami di sini.

Terima kasih yang tak terhingga Kak Fahja, Kak Mie, Kak Faridah, Aunty Haliza, Aunty Zahrah, Kak Sir, Aunty Sabariah, Wakil Kedutaan Malaysia; Encik Jeffri dan Dr Shafie.

Kami sangat terhutang budi dengan kalian semua!

Wajah hero adik Ainul

Sumber: Ahmad Safiuddin