berita

‘Kami Sebagai ‘Tikus Makmal’ Rasa Bertuah’ – Nora Danish Syukur Tiada Kes Pelancong Positif Di Langkawi

September 24th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Pelakon jelita Nora Danish menjadi selebriti terawal tiba di Pulau Langkawi, Kedah sejurus inisiatif gelembung pelancongan di lokasi peranginan terkenal itu dibuka pada 16 September lalu.

Artikel Berkaitan: ‘Please Nora Kita Dah Akhir Zaman’– Belanja ‘Outfit’ Pantai Kena Kecam Netizen, Nora Danish Tutup Ruang Komen

Jadi tikus makmal

Menerusi Instagram Stories miliknya, Nora, 39, meluahkan rasa gembira dan bersyukur kerana setakat ini tiada kes positif Covid-19 dilaporkan melibatkan pelancong yang berkunjung ke Langkawi.

Hantaran tersebut turut disertakan dengan tangkapan skrin (screenshot) artikel daripada sebuah portal.

Dalam pada masa sama, pemilik nama Nora Mohd Danish Hanif berharap agar sektor pelancongan lain juga akan dibuka tidak lama lagi.

Alhamdulillah kami sebagai ‘tikus makmal’ rasa bertuah. Semoga dapat lagi tempat-tempat pelancongan lain dibuka, Insya-Allah doa yang baik-baik.

Ruang komen dah buka

Sejurus pulang dari pulau tersebut, pelakon filem Polis Evo membuka semula ruangan komen selepas dikecam gara-gara mengenakan pakaian seksi ketika bercuti.

Nora kelihatan tidak melatah kerana memilih untuk tidak membalas sebarang komen ‘pedas’ daripada netizen.

Terdahulu, Nora mendirikan rumah tangga bersama dengan Nedim Nazri pada tahun 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Mohamed Neqayl Nedim atau mesra dipanggi Ney Ney

Sebelum itu, Nora pernah berkahwin dengan Rizal Ashram Ramli atau Jejai sekitar 2006 dan bercerai dua tahun selepas itu iaitu pada 10 Julai 2008.

 

Sumber: Instagram @noradanish

SKIP THIS AD ×