berita

Dipindah Ke IJN, Dipantau 6 Doktor Pakar, Ini Keadaan Terkini Muhammad Adib

November 28th, 2018 | by faris
Isu & Kontroversi

Anggota bomba yang menjadi mangsa rusuhan kuil, Muhammad Adib Mohd Kassim mengalami kecederaan parah dalam kejadian pada malam Selasa. Mangsa kemudiannya dipindahkan ke Institut Jantung Negara (IJN) pada tengah malam semalam.

IJN dalam satu kenyataan memaklumkan keadaan terkini anggota itu.

Selesai prosedur jam 2.30 pagi

Menurut kenyataan IJN, Muhammad Adib menunjukkan respons positif kepada alat sokongan paru-paru (full cardio-pulmonary support) menggunakan sistem ‘Extra Corporeal Membrane Oxygenation’ (ECMO).

Pesakit tersebut tiba di IJN pukul 12 tengah malam semalam dan segera dipindahkan ke ICU.

ECMO menggunakan ‘Centrimag – Acute Circulatory Support System’ telah dipasangkan kepada pesakit dan prosedur tersebut selesai 2.30 pagi.

Dipantau 6 doktor pakar

Mesin ECMO adalah alat yang membantu menjadikan aliran haemodynamic berubah normal dengan purata 4 hingga 5 liter seminit di dalam badan dan menghantar oksigen tahap tinggi ke dalam darah.

Alat ini berupaya mengurangkan peranan jantung dan paru-paru.  Ini penting untuk membolehkan kedua-dua organ itu pulih sepenuhnya daripada kecederaan.

Muhammad Adib kini dalam pantauan pasukan pakar IJN dibarisi enam doktor pakar pelbagai bidang, tiga kakitangan paramedik dan lapan jururawat rawatan rapi.

Sumber: Astro Awani

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×