berita

15 Permohonan Kahwin Kanak-Kanak Bawah Umur Diterima Di Kelantan Dalam Tempoh Setahun

February 14th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Perkahwinan di usia muda semakin menjadi-jadi sehingga ke hari ini. Kanak-kanak perempuan seawal usia 15 tahun akan menjadi seorang isteri kepada seorang suami. Adakah trend kahwin muda ini digalakkan atau sebaliknya?

Menurut laporan Berita Harian, sejak tahun lalu Mahkamah Syariah negeri Kelantan telah menerima sebanyak 15 permohonan perkahwinan yang membabitkan kanak-kanak bawah umur.

10 permohonan telah diluluskan

Terdapat tiga kategori kehidupan iaitu di kawasan kampung pedalaman, luar bandar dan juga bandar.

Jika di luar bandar, kebanyakan kanak-kanak perempuan ada yang langsung tidak bersekolah dan mereka yang berumur 15 tahun ke bawah tidak boleh disamakan seperti mana kanak-kanak yang tinggal di bandar.

Bagi kanak-kanak yang tinggal di bandar, mereka bersekolah dari Tahun Satu hingga Enam dan mempunyai potensi untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, katanya

Menurut Datuk Abu Bakar Abdullah Kutty, Hakim Mahkamah Tinggi, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan, daripada 15 permohonan, hanya 10 sahaja diluluskan kerana selebihnya mempunyai pelbagai masalah.

Kahwin muda menimbulkan pelbagai masalah

Kerajaan Arab Saudi pada Januari lalu mengharamkan perkahwinan pasangan berumur 15 tahun ke bawah dan kebenaran mahkamah diperlukan bagi pasangan berumur 18 tahun ke bawah.

Bagaimanapun di negara kita pula, masih memberi ruang bagi mereka yang berumur 15 tahun ke bawah untuk berkahwin dengan kebenaran mahkamah.

Kalau peraturan mengenai larangan merokok dapat dilaksanakan, maka peraturan untuk mengehadkan umur perkahwinan juga boleh dilaksanakan, bergantung kepada kepentingannya, katanya.

Menurut beliau lagi, perkahwinan dalam usia muda tidak digalakkan kerana mengundang pelbagai masalah termasuk hal pengurusan rumah tangga serta masalah dari sudut ekonomi.

Sumber: Berita Harian

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×