berita

Kementerian Kerja Raya Capai 4 Aspirasi Keluarga Malaysia Dalam Masa 100 Hari!

December 9th, 2021 | by Nurul
Kini Trending

Sebagai peneraju pembangunan insfrastruktur negara, Kementerian Kerja Raya (KKR) kini giat merancakkan semula sektor pembinaan dan melaksanakan semua inisiatif yang ditetapkan di bawah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) 100 hari yang dapat memberi impak positif kepada rakyat.

Lebih membanggakan, KKR di bawah pentadbiran Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadilah Yusof ini telah berjaya mencapai empat AKM yang disasarkannya dalam masa 100 hari!

Jom kami kongsikan antara empat AKM tersebut!

KKR Capai 100% bagi 4 AKM

AKM 1 – Pengeluaran Surat Setuju Terima (SST)

Sebanyak 130 SST berjaya dikeluarkan dalam tempoh 81 hari dari perlantikan semula sebagai Menteri Kerja Raya melibatkan peruntukan sebanyak RM4.28 bilion serta mempercepatkan pengeluaran SST kepada kontraktor yang layak .

AKM 2 – Keselamatan Tapak Pembinaan

Keselamatan dan kesihatan pekerja tapak bina dan orang awam dijaga dengan memperkenalkan peraturan baharu dan menguatkuasakan standard industri pembinaan (CIS) serta garis panduan bagi Prosedur Kerja Selamat untuk kerja-kerja pembinaan.

AKM 3 – Penyenggaraan jalan berlubang

Menjalankan kerja penyengaraan menampal lubang (potholes patching) di Jalan Persekutuan bagi Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Labuan dalam tempoh 24 jam aduan diterima.

Sebanyak 15,973 bilangan potholes (100%) di Jalan Persekutuan telah ditampal sepanjang September hingga November lalu.

AKM 4 – Menambah baik jaringan lebuhraya antara bandar (inter-urban) & menstrukturkan semula konsesi lebuhraya bertol terpilih

Memuktamadkan perjanjian konsesi lebuhraya baharu Projek Penswastaan Petaling Jaya Dispersal Elevated Highway (PJDLink) dan menstruktur semula kadar tol lebuhraya-lebuhraya utama agar tidak membebankan pengguna.

PJDLink dijangka akan mewujudkan 48,000 peluang pekerjaan serta membawa impak ekonomi keseluruhan bernilai RM31 bilion.

Mempercepat pengeluaran SST, pencapaian terbesar KKR!

Menurut Datuk Seri Fadilah Yusof, pencapaian terbesar kementerian ini ialah kejayaannya mempercepatkan pengeluaran 130 SST kepada syarikat terpilih dalam tempoh hanya 81 hari membabitkan peruntukan RM4.28 bilion.

Tindakan kementerian mempercepatkan pengeluaran SST kepada kontraktor yang layak juga membolehkan usaha merancakkan semula sektor pembinaan serta menggerak dan menstruktur semula ekonomi demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat.

 “Selain mewujudkan banyak peluang pekerjaan, pengeluaran SST itu juga membolehkan rantaian sektor binaan termasuk perunding, pembekal bahan pembinaan, jentera pembinaan dan lain-lain turut menerima manfaat,” tambahnya.

Walaupun berdepan cabaran dalam proses rundingan dengan syarikat-syarikat konsesi lebuh raya utama bagi tujuan mengekalkan kadar tol sedia ada atau mengurangkan kadar tol yang lebih rendah, namun KKR tetap komited dalam mewujudkan situasi menang-menang kepada pihak berkepentingan khususnya rakyat sebagai pengguna lebuh raya.

Bukan itu saja, November lalu, KKR juga telah melancarkan kempen #KitaJagaJalanKita dengan memperkenalkan Sistem Aplikasi Pemantauan Potholes (AsaPP) yang membolehkan kerja pembaikan dan penyenggaraan dilaksanakan dengan segera dan teratur.

Untuk maklumat lanjut dan sebarang kemaskini dari KKR, ikuti Facebook, Instagram dan Twitter mereka.

SKIP THIS AD ×