berita

‘Berilah Satu Peluang Kepada Beliau’ – Khalid Jamlus Pertahan Bekas Presiden PAFA

November 9th, 2018 | by Taufiq
Isu & Kontroversi

Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Hasnul Zulkarnain Abd Munaim mengumumkan perletakan jawatannya semalam kerana terpalit dengan isu kontroversi berhubung Piala Malaysia baru-baru ini. Disebabkan isu tersebut juga ramai yang telah mengecam dan mohon beliau meletakan jawatan.

Artikel Berkaitan: Kontroversi Kepit Piala Celah Kangkang, Ini Sebab Presiden PAFA Lepas Jawatan

Terbaru, bekas pemain bola sepak Perak, Khalid Jamlus, menyuarakan pendapatnya tentang perkara tersebut menerusi laman Facebook miliknya. Legend Perak dah bersuara kome.

Berasa bangga

Assalamualaikum salam sejahtera buat semua teman2. Ini kali pertama saya menulis berkenaan kemelut presiden PAFA khususnya melibatkan pasukan kesayangan saya Perak FA.

Ramai rakan2 mengajak saya menonton perlawanan di stadium tapi malangnya saya ada urusan yang lebih penting pada masa itu dan hanya mengikuti perlawanan akhir piala malaysia pasukan perak vs terengganu di kaca tv. Jauh di sudut hati saya berbangga perak berjaya membawa piala malaysia selepas 18 tahun. Kali terakhir ialah pada tahun 2000 di mana saya berada di dalam pasukan ketika itu dan Alhamdulillah saya berjaya menjaringkan gol untuk Perak. Itu cerita 18 tahun dahulu dan kini perak berjaya mendapatkan kembali piala malaysia. Demi Allah saya merasa bangga. Walaupun saya sedang melatih pasukan PDRM ketika ini, Ia sedikit sebanyak mengembalikan nostalgia saya yang lalu. Saya bangga dengan kejayaan ini dan hampir2 jatuh airmata saya atas kejayaan pasukan yang paling saya sayangi.

Memuji Presiden PAFA

Kemudian selang beberapa hari timbul pulak isu presiden bergambar dengan piala di kolam renang serta di tempat2 lain tanpa seorang pun player perak. Sejujurnya, saya tidak pernah mengenali siapa presiden pafa apatah lagi latar belakang beliau dan saya tidak tahu pun beliau ialah seorang YB merangkap exco kerajaan negeri perak. Sehinggalah berita ini tular dan menjadi bualan bukan sahaja oleh fans perak, malah 1 malaysia turut mengecam tindakan beliau. Pelbagai kecaman, makian dilemparkan terhadap beliau.

Akhirnya pada hari ini, beliau mengalah dan meletakkan jawatan beliau selaku presiden pafa. Ikhlas di lubuk hati saya, selaku bekas pemain, saya memuji beberapa langkah beliau ketika mengendalikan perak fa tetapi pada masa yang sama saya tidak bersetuju atas apa yang beliau lakukan terhadap piala keramat itu.

Mohon MB Perak pertimbangkan perletakkan jawatan Presiden PAFA

Saya selaku bekas pemain perak dan malaysia menyeru agar pihak YB MB Perak agar mempertimbangkan perletakan jawatan beliau. Bukan sebab saya tidak menyebelahi fans, tetapi antara faktor2 besar adalah semangat dan iltizam presiden pafa yang masih muda ini serta komitmen yang ditunjukkan kepada team perak. Saya tidak berniat untuk bertindak sebagai menjilat atau membodek tapi percayalah, pemain, jurulatih, pengurusan pasti terganggu atas konflik ini. Dosa yang dilakukan tidaklah sebesar mana yang tidak dapat diampunkan. Setiap manusia pasti membuat kesilapan dan siapalah kita untuk menghukum lebih2 lagi permohonan maaf telah pun dilakukan. Berilah 1 peluang kepada beliau agar terus menerajui pafa.

Kalau orang bertanya kepada saya adakah saya boleh menerima semua ini. Jawapan saya “Ya. Saya terima permohonan maaf beliau,kerana saya pernah melalui lebih kurang macam beliau,di mana mereka semua membenci saya ,tapi saya masih diberi kepercayaan,akhirnya saya buktikan,so nape beliau tak boleh diberi peluang lagi..Hopefully mb kita masih boleh mempertimbangkan perletakan jawatan beliau demi masa depan dan juga perancangan ,dan idea2 beliau demi menaikkan mertabat bolasepak negeri perak
TUAH AYAM NAMPAK DI KAKI TUAH MANUSIA ALLAH JE YG TAHU..2 BULAN LAKSANAKAN TUGAS PIALA KERAMAT SAMPAI KE PERAK,MENUNGGU GENAP 18 TAHUN,BARU MENDAPAT KEJAYAAN ,BUANG YG KERUH AMBIL YG JERNIH BARU TEGUH PERAK DIGERUNI,WAHAI PENYOKONG-PENYOKONG PERAK YG AKU SAYANGI!!!!…RENUNG2KANLAH LUAHAN SAYA,SAYA HANYA SEORANG PEMAIN BOLASEPAK YG ANDA SAYANGI,JIWAKU JIWA SEORANG PEJUANG DLM MEMPERJUANGKAN MARUAH DAN MENAIKKAN MERTABAT NEGERI YG SAYA CINTAI..
Ikhlas dari saya,
Khalid Jamlus

Sumber: Khalid Jamlus

The following two tabs change content below.

Most Read Today