berita

Lepas Ni Tiada Lagi Adegan Peluk Cium Dalam Drama Melayu, Puas Hati?

July 9th, 2015 | by Wan
Isu & Kontroversi

ohbulanlpf

Nampaknya selepas ini adegan-adegan romantis di dalam drama seperti berpelukan, mencium pipi, dan sebarang aksi yang membangkitkan keghairahan tidak dibenarkan sama sekali ditayangkan kepada umum di kaca televisyen.

Menerusi satu pekeliling dari Lembaga Penapisan Filem (LPF) yang dikongsi di media sosial sejak semalam, badan tersebut telah menggariskan peraturan rasmi dan setiap stesen televisyen yang beroperasi di Malaysia wajib mematuhinya.

Tiada lagi aksi peluk cium

pesan

Peka dengan rungutan orang ramai terhadap beberapa produk drama melayu yang disifatkan sebagai terlalu ‘keterlaluan’, LPF tampil dengan garis panduan ini.

Selain dari adegan sensual dan ghairah, LPF turut menetapkan bahawa adegan yang berunsurkan khurafat dan tahyul juga tidak dibenarkan.

Malah sebarang adegan berbaur politik seperti mengkritik kerajaan juga tidak dibenarkan.

Screen Shot 2015-07-09 at 1.13.32 AM Screen Shot 2015-07-09 at 1.13.48 AM

Di luar bidang kuasa stesen TV

Screen Shot 2015-07-09 at 1.06.16 AM

Pengarah, Shahrulezad Mohameddin menerusi laman facebooknya berkongsi pekeliling terbaru LPF ini dan memberi peringatan agar pengarah-pengarah lain untuk mematuhinya jika tidak mahu drama mereka mendapat masalah kelak.

Menerusi bacaan kami di ruangan komen status tersebut, pekeliling ini bukan hanya tertumpu kepada filem sahaja malah drama yang ditayangkan di televisyen.

Untuk melihat pekeliling penuh ini, korang boleh lah ke Facebook Shahrulezad Mohameddin, memang banyak adegan tidak dibenarkan.

Malah beberapa kata-kata kesat seperti sial, celaka, jahanam, haram jadah dan banyak lagi turut dipotong jika penggiat seni masih berdegil mahu menggunakannya.

Screen Shot 2015-07-09 at 1.19.49 AM

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×