berita

Lepas Viral Menyanyi, MB Perak Kini Berlakon Bawah Arahan Pok Ya Congcodei

November 19th, 2018 | by faris
Kini Trending

Sebelum ini bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin pernah berlakon sebagai pemandu teksi dalam satu video yang viral beberapa tahun lalu. Nampaknya Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu turut tidak ketinggalan menonjolkan bakatnya berlakon.

Perkara itu dikongsikan Pegawai Khas Kanan Menteri Besar Perak, Mohd Hafez Mubin Mohd Salleh di laman Facebooknya baru-baru ini.

Diarahkan Sabri Yunus

Menurut Mohd Hafez, hampir kesemua lokasi penggambaran filem Buntar itu dibuat di sekitar Perak.

Penampilan istimewa Datuk Seri Peja Azumu dalam sebuah filem arahan pengarah popular tanah air, Sabri Yunus dan turut membariskan pelakon berpengalaman seperti Imuda dan lain-lain.

Hampir semua lokasi penggambarannya di tempat-tempat menarik di Perak.

Pernah viral video menyanyi

Dalam gambar yang dikongsikan pegawai Faizal itu, Faizal kelihatan memakai jubah, berkopiah dan berselimpang dengan serban di bahu sedang tekun mendengar arahan Sabri Yunus.

Oktober lalu, viral di laman sosial satu video memaparkan Ahmad Faizal menyanyi sempena majlis pelancaran penerbangan sulung Air Asia dari Ipoh – Johor Bharu – Ipoh.

Bagaimanapun dia meminta penyebaran klip itu dihentikan kerana tidak mahu ia dijadikan bahan politik.

Sumber: Sinar Harian

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×