berita

Meriah! 3,000 Peserta Malaysia & 16 Negara Luar Sertai Camrun 2024

February 6th, 2024 | by Zulaikha
Kini Trending

CAMRUN 2024

Acara pelancongan sukan yang menawarkan pengalaman larian dalam keadaan sejuk pada waktu malam di Malaysia, Camrun kembali pada tahun ini membabitkan 3,000 peserta dari seluruh Malaysia dan 16 buah negara asing antaranya Singapura, Thailand, Indonesia, Yaman dan Jerman.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Wanita Maut Ketika Sertai Acara Lari Dalam Guni

Artikel Berkaitan: Bella Dally, Lisa Surihani & Uyaina Arshad Sertai Larian ‘Fun Run’, Ariani Hulur Sumbangan RM30,000 Untuk Tabung Bencana

Penyertaan peserta meningkat

Aksi peserta ketika acara perlepasan bermula

Camrun 2024 yang dibawakan oleh Bolt Events Management (BOLT) adalah tahun keempat diadakan di Cameron Highlands.

Bukan sekadar sebuah acara larian yang menawarkan pengalamanan berlari dalam cuaca sejuk serta cabaran berlari dengan ketinggian terkumpul mencecah 1,600 meter, malah ia adalah sebuah produk pelancongan sukan yang diiktiraf oleh Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia (MyCEB) iaitu agensi di bawah Kemententerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (Motac).

MyCEB berkata, Camrun pada 2023 ternyata memberi limpahan ekonomi di Cameron Highlands dengan mencatatkan perbelanjaan pelancong mencecah RM12 juta dan pada tahun ini dijangka meningkat kepada RM14 juta bersandarkan kepada peningkatan peserta larian.

MyCEB berbesar hati dengan acara larian terkemuka di Cameron Highlands, Camrun 2024 kerana ia memberi kesan yang positif bukan sahaja dari sudut limpahan ekonomi domestik malah mempunyai nilai tinggi dari sudut mempromosikan gaya hidup sihat, kesatuan dan produk pelancongan sukan yang berdaya tahan.

Sebagai pemain perniagaan dan pelancongan Malaysia, kami yakin Camrun 2024 mampu memberi kesan yang positif kepada industri pelancongan di Pahang khasnya dan Malaysia secara umum kerana ia mampu menarik penyertaan bukan sahaja peserta tempatan malah dari luar negara yang ramai.

CAMRUN

Camrun 2024 yang dibawakan oleh Bolt turut menjadi platform larian berkreasi sekeluarga memandangkan ibu bapa boleh berlari bersama anak-anak mereka sepanjang acara berlangsung.

Pengarah Media dan Komunikasi Bolt, Azlihana Abdul Rahim berkata, penganjuran Camrun bukan sekadar acara perlumbaan larian yang membabitkan jarak 21 kilometer (km), 10km dan terdapat kategori fun run 5km sahaja. Bahkan ia sebuah acara sukan kekeluargaan, membawa tema kelestarian alam semula jadi dan menghubungkan masyarakat dunia di dalam satu minat yang sama iaitu larian.

Sejak kali pertama Camrun diadakan pada 2019 menunjukkan peningkatan yang ketara dari segi jumlah peserta tempatan dan luar negara. Pada tahun ini kami bangga apabila Camrun mampu meraih sehingga 3,000 penyertaan kerana percaya peserta larian sudah mengetahui keseronokkan dan nilai terbaik yang ditawarkan menerusi acara larian ini.

Selain itu, kami sebagai pemain industri penganjuran sukan juga sentiasa mengamalkan acara sukan yang mempunyai nilai kelestarian dari pelbagai sudut antaranya melakukan tanggungjawab sosial syarikat (CSR) bersama Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) menerusi Program Thrash to Cash untuk mengitar semula bahan terbuang di dalam Camrun untuk menjaga kelestarian alam semulajadi.

Keputusan Pemenang:

Keputusan Lelaki terbuka 21 km

1. MUHAMMAD RAMZAN JANI MOHD PITTLI (1:22:44)
2. ROBIN TAN (1:25:43)
3. KOK LEONG LIM (1:25:44)

Keputusan Lelaki Veteran 21 km

1. MOHD EZMIR AHMAD (1:29:07)
2. JEFFRY MAT ZIN (1:36:08)
3. MOHD RADI BIN YA (1:40:49)

Keputusan Wanita Terbuka 21 km

1. CHRISSY KHA KHRANG (2:00:53)
2. NUR FATIN SYUHADA TAMSI (2:01:33)
3. POH IMM TAN (2:03:17)

Keputusan Wanita Vateran 21 km

1. KAORI TOKAI (1:48:23)
2. NORULL ASHIKIN MOHD SALIM (2:02:32)
3. LIN TZE LAU (2:10:50)

Keputusan Lelaki Terbuka 10 km
1. SAKTHIVEL SAKTHI (0:41:25)
2. KU AMIRULDIN KU OTHMAN (0:41:22)
3. HAZIQ HATTA (0:43:39)

Keputusan Wanita Terbuka 10 km

1. PUI YIN EE (0:50:36)
2. D GHAYATHRY DIVAGARAN(0:52:33)
3. VITHYA VIJAYAKUMARE (0:53:44)

Keputusan Lelaki Vateran 10 km

1. LOGANATHAN MUNUSAMY (0:42:24)
2. MOHD IZHAM MD SALLEH (0:45:36)
3. MOHD ASHRAF SHARIF HUSSAIN (0:45:46)

Keputusan Wanita Vateran 10 km

1. CHENORA ISMAIL (0:56:15)
2. WAN NORHALIZA ABDULLAH (0:57:27)
3. NOOR AZIZAH ABU MANSOR MATARDIAH (0:57:49)

Barisan pemenang lelaki terbuka Camrun 2024 bagi kategori 21km.

Barisan pemenang wanita terbuka Camrun 2024 bagi kategori 21km.

Sumber: Facebook

SKIP THIS AD ×