berita

Mula Dengan Minat Kumpul Koleksi Emas, Alif Satar Dilantik Duta GB Gold – ‘Terhasil Gold Bar & Alif Dinar Berbentuk Huruf Alif Pertama’

March 29th, 2024 | by Zulaikha
Kini Trending

alif satar gold bar

Rezeki selebriti serba boleh, Alif Satar makin mencurah-curah apabila dipilih menjadi duta untuk produk pertama Grand Bullion Gold Sdn. Bhd. (GB Gold Malaysia).

Artikel Berkaitan: Alif Satar Mendunia, Program Subuh Macam Jumaat Turut Raih Perhatian Orang Luar Negara

Artikel Berkaitan: Alif Satar Tak Peduli Komen Negatif Kempen Geng Subuh – ‘Saya Buat Kerana Allah’

Pengumpul emas

alif satar duta emas 2

Menurut Alif, dia bersyukur dan berbesar hati kerana dulu dia hanya pengumpul koleksi emas dan kini menggalas tugas mengajak orang ramai untuk membuat pelaburan.

Kata Alif, 33, permintaannya kepada GB Gold adalah untuk mereka koleksi yang eksklusif justeru terhasil Alif Goldbar dan Alif 1 Dinar.

Sebenarnya saya sudah lama berminat (bisnes produk emas) dan merupakan seorang pengumpul koleksi emas. Sebelum ini, saya tak pernah ditawarkan oleh mana-mana pihak untuk bisnes emas.

Saya tahu kelebihan emas dan saya rasa orang lain pun tahu kelebihan bila kita mengumpul. Bila pihak GB Gold menawarkan, saya tidak mahu keluarkan produk biasa.. nak yang unik.

Itu yang terhasil gold bar dan Alif dinar yang berbentuk huruf Alif yang pertama di Malaysia.

Diinspirasikan daripada abjad pertama Arab iaitu ‘Alif’, produk pertama di Malaysia berbentuk ‘Alif’ itu terhasil daripada emas tulen 999.9 di mana Alif Goldbar dihasilkan dengan berat 1 gram manakala Alif 1 Dinar seberat 4.25 gram.

Ia akan jadi satu koleksi siri yang sangat eksklusif. Kalau sebelum ini, saya mengajak orang ramai untuk membeli banyak produk tapi kali ini saya seru untuk membeli emas. Emas tidak akan rugi.

Ditanya berapa gram emas yang sudah dikumpul sejak 10 tahun lalu, pemilik nama Muhammad Alif Mohd Satar memilih untuk merahsiakan.

Rekod bersih

terhasil gold bar dan Alif dinar yang berbentuk huruf Alif yang pertama di Malaysia

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif, Shahfizzam Moideen berkata, Alif menjadi pilihan utama kerana pelakon itu memiliki imej yang bersih dalam karier seni dan secara tidak langsung boleh membantu GB Gold menyebar luas maklumat mengenai kelebihan menyimpan emas.

Istimewanya Alif kerana dia selalu membawa idea segar dan baharu malah mengambil kesempatan dirinya yang popular untuk mengajak orang ramai ke arah kebaikan termasuk dari sudut kerohanian.

Pada masa sama, Alif juga merupakan penyimpan emas tegar dan ia bertepatan dengan kempen GB Gold.

Jadi Alif Satar bukan sekadar membawa jenama tetapi akan berkongsi pengalaman sepanjang menyimpan emas dan mendidik masyarakat tentang kelebihan dan kepentingan menyimpan emas sebagai alternatif simpanan.

Sifat ‘happy go lucky’ yang ada pada Alif Satar juga antara faktor yang dicari. GB Gold ingin menukar stigma menyimpan emas sesuatu yang memberi tekanan dan susah kepada ‘lifestyle’ dan sesuatu yang menyeronokkan.

Tambah Shahfizzam, GB Gold bukan sekadar premis menjual emas tetapi juga sentiasa mencipta kesedaran di kalangan khalayak terutama di kalangan golongan muda yang positif untuk mengenali emas fizikal dan menjadikan salah satu bentuk pelaburan jangka panjang.

Kami akan sentiasa membawa aspirasi emas dengan bentuk-bentuk baharu dan di pasaran dengan kelainan dan berbeza daripada rekaan yang sedia ada di pasaran.

Selain lantikan duta, kempen diteruskan dengan rekaan baharu mengikut musim. GB Gold yakin kempen akan mencapai sasaran kerana emas tidak perlu diperkenalkan lagi di kalangan masyarakat namun kami akan terus memberikan pendedahan dan pengetahuan menyimpan emas dengan cara betul.

Misalnya sebelum ini kebanyakannya gemar menyimpan emas perhiasan tetapi kini kita selangkah lebih baik mengajak menyimpan dalam bentuk gold bar dan dinar.

alif satar duta emas 22

Dalam pada itu, kata Shahfizzam lagi, pihaknya turut menandatangani perjanjian dan mengumumkan penajaan kepada Alif Satar dan The Locos yang akan mengadakan konsert jelajah United Kingdom 2024.

SKIP THIS AD ×