berita

#OBFesyen: RR Royalty Bagi ‘Rewards’ Istimewa Kepada Pelanggan Setia, Amy Mastura & Nora Danish Antara 26 ‘Muses’ Koleksi Raya 2024

February 19th, 2024 | by Zulaikha
Kini Trending

rizman ruzaini

Duo fesyen terkenal Rizman Ruzaini melancarkan program RR Royalty sebagai penghargaan kepada pelanggan setia mereka bermula 1 Mac ini.

Artikel Berkaitan: ‘Tumpu Kepada Semua Golongan’ – Rizman Ruzaini Lancar 100 Koleksi Raya Mampu Milik!

Artikel Berkaitan: Rizman Ruzaini Tak ‘Berlawan’ Dengan Tudung Lain – ‘Jenama Kami Ada Pengikut Sangat Kuat’

Hadiah istimewa

Rizman Ruzaini

Menurut Pengasas Bersama dan Pengarah Urusan Rizman Ruzaini, Rizman Nordin berkata, program itu adalah hadiah istimewa untuk setiap pelanggan yang sentiasa menyokong perjalanan jenama RR by Rizman Ruzaini.

Kata Rizman, setiap pelanggan yang membeli baju raya akan menerima diskaun sebanyak 25 peratus secara eksklusif.

Pelanggan kami boleh miliki baju raya paling stylish dengan diskaun sebanyak 25 peratus secara eksklusif RR by Rizman Ruzaini.

Ia mungkin mengambil sedikit masa untuk direalisasikan tapi tak mengapa, kerana kami mahu program ini tercipta dengan sempurnanya agar setiap RR Royalty mendapat manfaat sepenuhnya.

Inilah hadiah istimewa kami untuk setiap pelanggan yang sentiasa menyokong perjalanan RR by Rizman Ruzaini dari bertatih sehingga mampu berlari selaju sekarang ini. Terima kasih RR Royalties.

26 barisan muses

Rizman Ruzaini RR

Tambah Rizman, selain diskaun 25 peratus untuk koleksi Raya RR 2024, dengan setiap pendaftaran RR Royalty secara automatik membolehkan pelanggan menikmati diskaun sebanyak 10 peratus untuk pembelian item RR by Rizman Ruzaini.

Setiap perbelanjaan yang dibuat akan diganjarkan dengan pengumpulan mata. Setiap RM1 bersamaan 10 mata yang terkumpul. Mata ini boleh ditebus sepanjang tahun dengan had minimum 20,000 mata pada setiap penebusan.

Tidak hanya itu, banyak lagi keistimewaan yang akan dinikmati apabila bergelar RR Royalty, seperti undangan eksklusif untuk menghadiri pertunjukan fesyen.

Dalam pada itu, kata Rizman lagi, RR Royalty juga akan menerima hadiah ulang tahun kelahiran berupa 1000 mata pada tarikh lahir.

Berkongsi lanjut, koleksi Raya RR by Rizman Ruzaini bertemakan Sempurnanya Syawal Bersama Rizman Ruzaini.

Seramai 26 muses diperkenalkan, mereka terdiri daripada nama-nama malar segar dan baru antaranya Amy Mastura, Fikry Ibrahim, Hisyam Hamid, Lorenzo Irman, Ali Reza, Idris Khan, Noki, Aliff Aziz, Bella Astillah, Rozita Che Wan, Izara Aishah, Nadiyah Shahab, Sean Lee, Hael Husaini, Shaza Bae, Siti Hariesa, Shahrul Aimy, Siti Khadijah, Amyra Rosli, Ammar Baharin, Aqeef Anaqi, Ayra Aryssa, Izzue Islam, Aiman Ameer, Nora Danish dan Emma Maembong.

Untuk menikmati diskaun 25 peratus itu, anda hanya perlu menyertai RR Royalty Program dengan  mendaftar di www.rrbyrizmanruzaini.com.

SKIP THIS AD ×