berita

OhBulan! Portal ‘Besties, Pape Roger’ Sediakan Ruangan Ekslusif Dengar Luahan Korang Sempena Kempen Kesedaran Isu Kesihatan Mental

October 10th, 2023 | by Nurul
Kini Trending

Memahami masalah kesihatan mental bukanlah perkara yang mudah kerana segelintir mereka tidak mahu dan segan untuk bercerita.

Masyarakat yang sering menganggap mereka ini lemah juga telah menyumbang kepada kekurangan empati, menyukarkan lagi mereka yang mengalami masalah mental untuk dapatkan bantuan.

Peranan media terhadap isu kesihatan mental di Malaysia telah membawa satu dimensi baru yang mana dilihat menjadi alat komunikasi utama bagi mereka yang ingin meluah tanpa mengetahui identiti mereka.

Luahkan Di ‘Kotak Hati’

Bersempena Hari Kesihatan Mental Sedunia yang berlangsung sepanjang Oktober ini, Ohbulan! memberi ruang kepada sesiapa sahaja yang ingin menulis isi hati mereka di portal Luahkan Disini.

Ruang khas ini dibuat untuk mereka berkongsi kisah mereka secara anonymous tanpa rasa malu atau takut di judge.

Dengan membuka ruangan ini, korang dapatlah luahkan bila-bila masa sahaja, admin disini sudi mendengar luahan hati korang.

Jangan risau tiada maklumat peribadi yang diperlukan, korang boleh tengok respon-respon daripada mereka yang pernah tulis di Kotak Hati Ohbulan!

 

Kisah Peribadi Selebriti Tanah Air

Selain daripada itu, disini juga terdapat perkongsian peribadi daripada selebriti tanah air seperti Sharifah Sakinah, Shuhada Syukri dan ramai lagi dalam menangani masalah kesihatan mental mereka.

Mana tau dengan perkongsian cerita mereka ini dapat memberi inspirasi kepada korang untuk terus bersemangat melawan penyakit ini!

Perkongsian Ilmiah 

Ruangan portal daripada Presiden dan Pengasas MIASA, Anita Abu Bakar, turut berkongsi secara terperinci mengenai masalah kesihatan mental yang masih lagi menjadi stigma di kalangan masyarakat Malaysia.

Nak tahu lebih lanjut mengenai masalah mental, kaedah rawatan, perkongsian pesakit mental yang lain? Jangan lupa saksikan TikTok Live pada 11 dan 25 Oktober ini, selama satu jam bermula pukul 12 tengah hari di https://www.tiktok.com/@ohbulanofficial

So guys mental health korang ok tak tu? Kalau tak pape roger tau!

 

SKIP THIS AD ×