berita

Latest Posts

Topman Bawa Turun Band “Spector – Live In Malaysia” Oktober Ini!

September 19th, 2012 | by Ai
Hollywood

Biasanya kita dengar jenama pakaian Topman memang sinonim dengan fesyen-fesyen yang dipakai oleh lelaki terutamanya fesyen yang terbaru dari UK.

Namun kali ini, Topman memberikan kelainan dan juga kejutan apabila buat pertama kali akan membawa turun band Spector dari UK yang dianggotai oleh 5 orang anak muda iaitu, Frederick Macpherson (vocalist previously of Les Incompétents & Ox.Eagle.Lion.Man), Christopher Burman (gitar), Thomas Shickle (bass), Jed Cullen (synth, guitar) dan Danny Blandy (dram).

Bekerjasama bersama Universal Music Malaysia, Spector yang popular dengan lagu ‘Never Fade Away’ akan membuat persembahan di Stage Club, Avenue K pada 6 Oktober ini bermula jam 8 malam. Kumpulan yang membawakan stail indie-chic ini juga mempunyai single-single yang hebat seperti ‘Chevy Thunder’ dan ‘Celestine’.

Jenama pakaian Topman akan turut memberikan tiket percuma kepada pelanggan mereka (Fashion Fast Forward Members) yang membuat pembelian melebihi RM200 dalam satu resit di kedai Topman yang terpilih iaitu di Topman Mid Valley Megamall dan Suria KLCC.

Jadi, apa tunggu lagi, pergi beli-belah untuk pakaian anda ketika menghadiri konsert ini serta dapatkan tiket percuma jika pembelian anda lebih dari RM200!

Mari dengar lagu berjudul “Chevy Thunder” dari Spector selepas ini!

Video : Mia Sara & Domino’s Pizza Lancarkan Kempen ‘100,000 Meals-for-the-Needy’!

September 18th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Bersempena dengan perayaan pembukaan kedai ke-100 Domino’s di Malaysia, pakar penghantaran piza utama dunia mengumumkan komitmennya untuk usaha amal melalui kempen, ‘100,000 Meals-for-the-Needy’. Pengumuman tersebut telah dikongsi bersama pada Majlis Iftar anjuran pelakon cilik Mia Sara Nasuha pada Ramadhan lepas, dimana Domino’s Pizza Malaysia telah bekerjasama menaja majlis tersebut.

Mengikut kajian, hampir 5% daripada rakyat Malaysia tidak mendapat khasiat yang secukupnya. Menyedari hakikat itu, Domino’s Pizza Malaysia menghulurkan bantuan kepada golongan yang kurang bernasib baik ini melalui salah satu inisiatif ‘Corporate Social Responsibility (CSR)’ dengan menganjurkan program ‘Membungkus Makanan’ pada 13 Oktober 2012. Melalui program ini, seribu bungkus makanan bernilai RM 100,000.00 akan disediakan dan dibungkus dengan bantuan 240 orang sukarelawan.

Makanan tersebut akan diagihkan kepada golongan tidak berumah dan juga keluarga-keluarga miskin yang menghadapi masalah kebuluran di seluruh Malaysia. Kandungan bungkusan makanan ini mengandungi makanan ruji yang boleh bertahan selama tiga tahun dan antaranya adalah beras, tepung, sayuran campuran dehidrasi dan pek vitamin.

Bermula dari 6 Ogos hingga 12 Oktober 2012, para pelanggan Domino’s Pizza boleh menyertai program menangani masalah kebuluran ini dengan hanya membeli pizza kegemaran mereka. Dengan setiap pesanan, Domino’s akan menyumbangkan 10 sen untuk menjayakan program ‘100,000 Meals-for-the-Needy’ tanpa sebarang kos kepada pelanggan mereka.

Antara selebriti tempatan yang turut hadir di majlis tersebut ialah penyanyi Kaka Azraff dan pelakon remaja Elfira & Ezlisa Loy.

Turut sama memberi sokongan untuk program 100,000 Meals-for-the-Needy ialah Lisa Surihani dan Fizo Omar. Apa salahnya jika kita makan Domino’s Pizza setiap hari, kan? Mari tonton video khas sempena kempen ‘100,000 Meals-for-the-Needy’!

K-Pop : G-Dragon Lancarkan MV Rasmi “Crayon”, Swag Habis!

September 18th, 2012 | by Ai
Video Popular

Sudah lama kiranya OHBULAN! tidak sajikan anda dengan perkembangan terbaru K-Pop kan?

Terbaru dari G-Dragon yang juga merupakan ketua kumpulan muzik K-Pop, Big Bang, telah melancarkan satu lagi muzik video rasminya yang berjudul ‘Crayon’.

Video berdurasi 3.45 minit ini benar-benar melambangkan identiti G-Dragon selain tajuknya yang diambil melalui kombinasi ‘Crazy+ G-Dragon’. Apa yang pasti, OHBULAN! sukakan bait liriknya yang tidak ubah seperti The Joker iaitu “Why so serious?”.

Jom tonton muzik videi ‘Crayon’ selepas ini!

Adda, Bekas Kekasih Mamat Sepah Belajar Daripada Kesilapan

September 18th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Pada bulan Jun lalu, bekas kekasih Mamat Sepah yang dikenali sebagai Adda Butterfly telah menimbulkan satu kontroversi panas apabila dia hanya berkahwin untuk tempoh 17 hari sahaja bersama bekas suaminya Ridzuan Mohammad.

Namun begitu, sewaktu bertemu di majlis Tayangan Filem “Sofazr The Movie Jiwa Kacau” semalam, Adda memaklumkan kepada OHBULAN! dia tidak menyesal dengan apa yang telah terjadi dengan perkahwinannya sebelum ini. Malah, dia tidak takut untuk mendekati mana-mana lelaki, cuma kali ini lebih berhati-hati dalam memilih pasangan.

“Adda tak menyesal dengan apa yang terjadi sebelum ini. Orang memang boleh menilai kita macam mana, sebab yang tanggungnya Adda. Memanglah sebagai artis semua orang nak tahu pasal kita dari A sampai Z, sampaikan hal peribadi pun mereka nak tahu. Jadi, Adda tak salahkan sesiapa” Ujar Adda dengan sopan.

Selain itu, Adda turut akui yang kini dirinya tidak mahu tergesa-gesa untuk memikirkan hal perkahwinan. Kalau boleh, dia ingin mengenal hati dan perasaan seseorang itu terlebih dahulu dan berserah segalanya pada takdir dan jodoh untuk menentukan segalanya.

Merujuk kepada ciri-ciri lelaki pilihan, Adda memaklumkan yang dia lebih fokus kepada lelaki yang memiliki sifat bertanggungjawab dan mampu menjaga dirinya dengan baik.

“Ciri-ciri lelaki pilihan Adda, paling penting adalah dia seorang yang bertanggungjawab. Pasal umur dan rupa paras Adda tak kisah.”

“Bila dah kahwin, Adda baru tahu yang tanggungjawab itu penting dalam sesuatu perhubungan. Ini kerana, sebagai ketua keluarga, dia haruslah pandai menjaga keluarganya sendiri. Tapi Adda tak salahkan bekas suami yang sebelum ini, sebab masing-masing ada buat kesilapan. Lagipun dah tak ada jodoh, Adda terima semuanya dan belajar daripada kesilapan,” akui Adda dengan tenang.

Untuk perkembangan terbaru, Adda telah keluarkan lagu untuk single terbarunya berjudul “Lelaki Pilihan” featuring dengan Cat Farish, Joe Farizal dan Beeru. Album ini telah berada di pasaran sejak bulan Julai yang lalu. Manakala untuk filem lakonan Adda, “Sofazr The Movie Jiwa Kacau” akan mula ditayangkan di pawagam mulai 27 September ini.

Top 10 Fesyen 2013 Pilihan Netizen Di Pinterest

September 18th, 2012 | by Ai
Make-It-Senang

Pemilihan terhadap fesyen boleh mengambarkan taraf dan cara kehidupan si pemakai. Menggagumkan apabila fesyen yang diperagakan memberi ilham kepada si pengguna tatkala bergaya. Lebih-lebih lagi jika fesyen tersebut memberi seribu satu manfaat kepada si pemakai.

Kini Ohbulan mempamerkan pakaian terhangat pilihan warga internet untuk musim 2013 daripada jenama yang terkemuka di rangkaian laman sosial Pinterest.

Sepertimana anda semua tahu, fesyen mampu mempengaruhi gaya hidup dan memberi kesan pada setiap peringkat kehidupan dimana fesyen boleh dikatakan aliran yang lazim merebak pada masyarakat mengikut arus pemodenan.

Jika dahulu pakaian didefinisikan sebagai keperluan, kini ianya merupakan kehendak dalam memenuhi citarasa si pemakai.

Selain itu, pakaian yang dipakai merupakan medium komunikasi yang paling jelas dan berpengaruh dimana dengan cara melihat gaya pemakaian seseorang, anda dapat mengandaikan status dari segi sosial, identiti, gaya hidup dan sebagainya.

Pada tahun 2013, pereka fesyen terkemuka membawakan perubahan dari segi permainan warna dan reka bentuk dalam menghasilkan aura kejelitaan pada si pemakai. Perubahan reka corak dan reka bentuk memberikan keterujaan kepada si pemakai dalam membuat pilihan yang terbaik untuk musim 2013.

Dari segi pengolahan corak sehinggalah mainan rona warna, ianya memberikan sejuta keindahan kepada si pemakai tatkala menggayakannya. Selain itu, gaya busana dan reka corak ini telah membuka mata warga internet dalam memilih antara gaya reka bentuk terbaik dengan hanya ‘pin’ gambar tersebut.

Bagi si pencinta imej elegan dan mewah, jenama hebat yang dipamerkan ini mampu memberikan anda sumber ilham dalam bergaya. Anda pasti akan tampil menawan dengan fesyen yang memberangsangkan! Jom ke laman sosial Pinterest!

Berikut merupakan fesyen terhangat bagi musim 2013! :

Sumber : Pinterest

Kumpulan Sofazr Tidak Menumpang Populariti Tauke

September 18th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Pada tanggal 17 September 2012 semalam, telah berlangsungnya Majlis Tayangan Filem “Sofazr The Movie Jiwa Kacau” bertempat di Cineleisure Damansara, Petaling Jaya, Selangor. Majlis telah dimeriahkan dengan kehadiran pengarah terkenal Datuk Yusuf Haslam dan barisan pelakon-pelakon filem ini sendiri iaitu ahli Kumpulan Sofazr, Ar Badul, Yasssin, Adda Butterfly, Liz AF, serta Hamid Gurkha.

Menurut Isma AF7 atau nama sebenarnya Ismaliza Ismail, dia berpuas hati denga hasil kerja pengarahan filem pertamanya bersama pelawak terkenal Tauke. Ini kerana, kerjasama yang diberikan oleh Tauke sangat memuaskan dan sepanjang pembikinan filem ini mereka banyak berkongsi pendapat serta idea bagi melahirkan sebuah filem yang berkonsepkan komedi dan penuh mesej berguna kepada penonton.

Isma turut menyatakan bahawa, walaupun filem Sofazr The Movie ini menampilkan pelawak-pelawak terkenal seperti Apek, Tauke, Jepp Sepah dan Yassin sebagai kekuatan untuk menyuntik elemen komedi dalam filem ini, ia tidak memberi masalah untuk turut mengetengahkan bakat dan nama kumpulan Sofazr sendiri sebagai peneraju utama.

“Filem ini sememangnya ingin mengetengahkan kumpulan Sofazr sendiri, dan mereka juga adalah peneraju utama. Walaupun kelihatan Tauke lebih menonjol, tetapi Sofazr juga telah memberikan kerjasama yang terbaik untuk watak mereka. Jadi tiada isu Sofazr menumpang sesiapa di sini” Ujar Isma kepada pihak Media.

Selain itu, Isma turut akui sebelum ini dia langsung tiada pengalaman dalam bidang pengarahan filem, oleh itu dia akan terima segala pendapat yang bakal pihak luar berikan kepadanya. Isma juga berharap agar filem ini dapat diterima umum dan selepas ini dia akan cuba buat yang lebih baik untuk filem seterusnya.

Bagi peminat-peminat filem, jangan lupa untuk menonton Filem “Sofazr The Movie Jiwa Kacau” pada 27 September ini di pawagam-pawagam berhampiran anda. Banyak mesej yang ingin disampaikan menerusi filem ini antaranya adalah jangan memandang rendah pada golongan yang kurang bernasib baik dan berhati-hati untuk memilih sesuatu ubat di pasaran, ini kerana tidak semua ubat mendapat kelulusan oleh pihak berwajib.

Sebagai permulaan, jom kita lihat triller “Sofazr The Movie Jiwa Kacau” ini sebelum anda menontonnya di pawagam nanti :

Top Posts This Week

Shout Out!