berita

‘Panama Dance Haram’ – Mufti

March 13th, 2018 | by faris
Isu & Kontroversi

Panama Dance menjadi buah mulut dalam kalangan netizen apabila bukan setakat artis dan selebriti yang menari, malahan beberapa agensi kerajaan turut ‘terkena’ demam tarian ringkas ini. Dilakukan secara berkumpulan, tarian ini menjadikan lagu ‘Panama’ nyanyian penyanyi Romania, Matteo sebagai muzik latar.

Penularan video sebegitu membuatkan mengundang Mufti Negeri Sembilan untuk mengulas kewajaran tarian berkenaan dijadikan seperti budaya masyarakat.

Haram kerana campur lelaki perempuan

Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd. Yusof Ahmad berkata Panama Dance haram dilakukan kerana membabitkan percampuran lelaki dan perempuan bukan mahram. Malahan, tindakan berkongsi video sebegitu ke laman sosial juga haram kerana menunjukkan susuk tubuh wanita yang sepatutnya hanya boleh dilihat mahram mereka sahaja.

Mungkin ada sesetengah itu hendak menggunakannya sebagai rujukan melakukan senam robik di dalam bilik mereka, bagaimanapun masih tidak menghalalkan kita untuk menyebarkan secara terbuka wanita menutup aurat berjoget sebegitu.

Mereka yang hendak buat tarian itu janganlah dirakam, dimuat naik dan jangan dikongsi ke media sosial. Jangan biarkan bukan mahram melihat susuk tubuh anda berlenggang-lenggok sedemikian rupa.

Jaga maruah dan jaga aib anda sebagai seorang muslimah.

Islam itu mudah, tapi jangan dimudah-mudahkan

Dalam pada itu, Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman turut mengingatkan kepada umat Islam negara ini untuk tidak mengajak dan terbawa-bawa dengan trend tarian berkenaan.

Tambahnya lagi, orang ramai tidak sepatutnya terlalu liberal dan perlulah sentiasa mengamalkan sunnah seperti yang dianjurkan Nabi Muhammad SAW.

Kita lihat mereka yang muat naik video itu, kapsyen mereka pastinya seperti mengajak mereka membuat tarian sama iaitu bercampur lelaki dan perempuan.

Kalau kita buat benda haram, jangan mengajak orang lain buat benda yang sama. Biarlah buat trend yang sama-sama dapat pahala, Islam itu mudah tetapi jangan bermudah-mudahkan.

Sumber: Utusan Online

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×