berita

Patutlah Kena Langgar…

June 27th, 2018 | by Arini Saleh
Isu & Kontroversi

Semalam viral di media sosial video seorang lelaki dilanggar kereta jenis Perodua Myvi sehingga koma. Video yang berdurasi 0.47 saat itu menunjukkan lelaki berkenaan menahan kereta daripada pergi sebelum dilanggar dengan kuat.

Artikel berkaitan : ‘Jangan Sampai Turun Bala’ – Disantau, Dilanggar Hingga Koma Oleh Bekas Isteri ?

Walaubagaimanapun, polis mengesahkan kes berkenaan adalah kes lama dan telahpun selesai.

Laporan polis dibuat oleh isteri kedua mangsa

Menerusi laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Bandar Baharu Deputi Superintendan Barudin Wariso memberitahu kes yang berlaku di Taman Cahaya Kristal, Bandar Baharu pada Ogos tahun lalu telah selesai dan suspek sudah dikenakan tindakan. Malah, laporan polis dibuat isteri kedua mangsa berkenaan pergaduhan yang berlaku antara suaminya dan isteri pertama.

Dalam laporan itu, isteri pertama datang menaiki kereta Perodua Myvi dipandu anak saudara lelaki bersama ibu bapanya untuk berbincang hak penjagaan anak lelaki mereka berusia tiga tahun.

Bagaimanapun berlaku pertengkaran dan mangsa melompat ke atas but bagi menghalang kereta dinaiki isteri pertamanya yang enggan berhenti.

Kereta itu terus bergerak sejauh beberapa meter menyebabkan mangsa terjatuh dan cedera di kepala.

Pemandu telah dijatuhkan hukuman – Polis

Susulan laporan tersebut, pihak polis telah menjalankan siasatan dan menahan isteri pertama bersama pemandu kereta Myvi berkenaan. Malah, mangsa turut dimaklumkan mengenai keputusan yang dijatuhkan kepada pemandu berkenaan.

Pemandu kereta terbabit juga sudah didakwa mengikut Seksyen 337 Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan cedera dengan perbuatan yang membahayakan nyawa manusia dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan cedera dengan sengaja.

Pada 27 Mac lalu Mahkamah Majistret Kulim menjatuhkan hukuman denda untuk kedua-dua pertuduhan terhadap lelaki terbabit yang kemudian membayar dendanya.

Oleh itu pihak polis ingin menasihati serta memberi amaran kepada orang ramai atau mana-mana pihak supaya tidak menular kembali video terbabit di laman sosial serta membuat kenyataan yang boleh menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat.

Pihak polis turut menasihati orang ramai supaya tidak menularkan kembali video berkenaan kerana bimbang menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat.

Sumber : Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×